Sifat MALU ialah salah satu sebab mengapa seseorang
itu lemah dalam Bahasa Inggeris.
Sebenarnya tidak salah bersifat PEMALU kerana ia boleh menjadi
benteng agar anda tidak melakukan perkara yang tidak elok contohnya,
tidak meragut beg pejalan kaki kerana MALU jika ditangkap polis.
Tetapi anda BERSALAH jika anda malu bertutur dalam Bahasa Inggeris.
Apa yang menyebabkan anda malu bertutur dalam Bahasa Inggeris?
Anda malu akan ditertawakan oleh teman sekerja anda?
Anda malu akan menjadi bahan gurauan sesiapa sahaja yang berada
di sekeliling anda?
Singkirkan sifat negatif ini dari diri anda.
Sebenarnya tiada sesiapa yang akan mentertawakan anda, anda sahaja
yang rasa ditertawakan.
Letak sifat malu ini ke tepi buat seketika. Mulalah bertutur dalam
Bahasa Inggeris. Anda tidak perlu malu kerana anda bukannya melakukan
perkara yang tidak baik. Sebaliknya anda sedang berusaha melakukan
perkara yang baik untuk diri anda. Banyak peluang menanti anda
sekiranya anda fasih dalam Bahasa Inggeris.
PROMOSI ISTIMEWA!!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan