Rabu, 24 April 2013

Makan-makan

Burger Bakar




PIZZA HUT


yummy!!


sensasi delite


bebola je pun..


roti kering pun jual..apa da...


20/04/2013





TESCO : Cari Lauk


..........................

ikan patin un ada ma..



Sekitar Pementasan Teater Al- Fateh



Semalam (23/04/2013) Aku & kawan-kawan baru sahaja selesai membuat pementasan teater "SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH". Teater ini dibuat atas inisiatif  Persatuan Mahasiswa Islam USM bertujuan untuk mengutip dana persatuan disamping berdakwah. Menurut Pengarah  teater Al-Fateh ini "semoga penonton yang hadir dapat sesuatu manfaat daripada persembahan teater tersebut.

Seronok jugaklah joint teater ini, tapi sangat penat sebab latihan lama sangat hampir sebulan... tapi aku datang ada lah dalam 5 or 6 kali jek, coz aku ni extra jek... Watak aku sebagai Pengawal diraja ROM iaitu pengawal kepada "Maharaja Paleologus".

AKu joint ini pun sebab ramai kawan-kawan aku jadi extra kat situ walaupun kitorang bukan Ahli PMI pun..  tapi tak kisah lah....boleh jadi peakon..poplar apa!!!he

Meh sat aku cerita sikit sal Teater ni.. AL-Fateh merupakan pembuka kota konstantinopel apabila berjaya menummbangkan kerajaan ROM..tahun bila aku tak ingat. Maksud Al-Fateh itu sendiri Ialah Sang Pembuka.. Nama sebenar Sultan Al-Fateh itu ialah Sultan Muhammad. Ayahandanya bernama Sultan Murad. Penaklukan Kota Konstantinopel ini menepati kata-kata nabi Muhammad S.A.W yang mana baginda menyatakan Islam akan menewaskan kerajaan ROM dan seterusnya menakluk kota tersebut.

Oleh sebab ingin melihat kata-kata rASULULLAH MENJadi kenyataan, Sultan Muhammad AL-Fateh membuat persiapan rapi untuk menakluk kota tersebut. Untuk menakluk kota tersebut, memerlukan rakyat yang kuat, beriman, bertakwa dan bergantung kepada Allah sesungguhnya.

itu jelah yang aku boleh cerita..he

kat bawah ini ada sedikit sebayak gambar sekitar hari kejadian......layan!!!!!!!!!!!



Askar ROM, ditengah-tengah ialah  Maharaja Paleologus (FENDI).



 
Guru Sultan AL-Fateh

Pembesar Abbasiah


Tentera Islam


Kapal tentera islam


Proses bina kapal.. Pengarah pun buat kapal jugak..


Sesi latihan


Taklimat sebelum pementasan.


Si pengarah nya..


aku ler tu..


tuan amet


Ghaffari


excited bergambor dengan serban


gambor saje..


jadi ROM pulak dah.


pui!!!


Isnin, 22 April 2013

kesilapan-kesilapan pelabur Hartanah Lelongan


Membeli hartanah melalui lelongan ini perlu sedikit panduan agar anda mengetahui selok belok dan pantang larangnya. Nak pandu kereta atas jalan raya pun wajib kena belajar inikan pula nak melabur dengan menggunakan wang. Anda perlu membaca untuk mendapat sedikit panduan. Ada orang kata �eei, aku malas betullah nak baca, kepala otak dah jam...�  Kalau anda malas membaca sekalipun pergilah berguru dengan orang yang sudah mahir. Dipaparkan di sini kesilapan-kesilapan yang sering dilakukan oleh pelabur-pelabur baru yang patut dielakkan :-

1. TIDAK MEMBUAT CARIAN KE ATAS  HARTANAH
Carian hartanah bermaksud memeriksa tentang status pemilikan sesuatu hartanah bagi mengetahui tentang :
i) Pemilik berdaftar
ii) Nombor hakmilik
iii) Bebanan
iv) Sekatan kepentingan

Pemilik berdaftar
Kita perlu tahu pemilik berdaftar supaya ianya sama dengan butir-butir yang tercatat dalam Pengisytiharan Jualan.

1. Nombor Hakmilik / Geran
Butir-butir tentang nombor geran atau hakmilik mestilah sama dengan butir-butir yang tercatat dalam Pengsiytiharan Jualan.

2. Bebanan
Bebanan bermaksud tanggungan yang wujud atas hartanah tersebut seperti kaveat, gadaian, pajakan dan sebagainya. Jika sesuatu hartanah itu mempunyai kaveat yang dimasukkan oleh individu yang tidak dikenali (bukannya pemilik berdaftar atau pihak Bank) maka mungkin hartanah itu mempunyai masalah tertentu.

Sekatan kepentingan
Ianya bermaksud wujud sekatan untuk memindahmilik atau mencagar atau menggadai hartanah tersebut. Biasanya tanah yang mempunyai sekatan kepentingan ini adalah tanah yang dimiliki oleh kerajaan negeri atau tanah pajakan.

2. TIDAK MEMBACA ATAU MEMAHAMI SYARAT-SYARAT JUALAN.
Di dalam dikumen pengisytiharan jualan ada mengandungi syarat-syarat jualan. Anda perlu baca dan fahami. Kalau malas baca, atau kalau baca tak faham minta nasihat pelelong. Kalau pelelong pun tak �sure� , tanyalah peguam Bank. Nak tanya tentang apa ? Perkara penting anda perlu tanya ialah :

i) Adakah Bank tanggung tunggakan bil ?
Seperti cukai tanah, cukai pintu, Indah Water, bil elektrik dan bil Air.  Kalau di dalam syarat-syarat jualan tu ditulis pihak Bank menaggung semua bil-bil tertunggak, maka anda tak perlu buat carian kerana Bank dah �cover�. Ada juga syarat-syarat jualan yang hanya tanggung cukai tanah dan cukai pintu sahaja. Ada juga yang tak tanggung langsung. Ini anda kena check betul-betul bil agar anda tidak menambah kos anda.

ii) Tempoh Penyelesaian (�Completion date�).
Anda perlu �check� juga tentang tempohnya 90 hari ke atau 120 hari.

iii) Perlukan Surat Kebenaran ataupun tidak ?
Kalau anda tidak sempat membuat carian anda perlu bertanyakan kepada pelelong soalan ini.

iv) Bayaran penyelenggaran siapa yang tanggung ?
Ada Bank yang menanggung bayaran penyelenggaraan sehingga tarikh lelong dan ada Bank yang tidak tanggung. Perlu rujuk sayarat jualan. Sekiranya Bank tidak menaggung bayarannya ianya amat berisiko jikalau yuran penyelenggaraannya tinggi. Biasanya bagi hartanah lelong yuran penyelenggaraan tidak pernah dibayar. Kalau sudah 5 tahun tidak dibayar katakan sebulan RM70  (70 X 12 bulan x 5 tahun = RM4,200). Lari bajet anda.

RM 37.00
PROMOSI ISTIMEWA!!!! 




Ahad, 21 April 2013

"Mengapa saya perlu berjimat dengan tenaga elektrik?."


Kita sentiasa memerlukan bekalan elektrik. Manusia tidak dapat dipisahkan dengan tenaga elektrik. Ke mana sahaja kita berada,kita sentiasa memerlukan bekalan elektrik. 

Tak kiralah di rumah mahupun dipejabat. Penggunaan tenaga elektrik amat meluas, ia bukan sahaja meliputi bekalan elektrik daripada pihak pembekal tetapi penghasilan dengan kaedah lain juga boleh menghasilkan tenaga elektrik.

Sebagai contoh, jika anda menggunakan lampu suluh, ia berkait rapat dengan tenaga elektrik tetapi tidak menggunakan tenaga elektrik daripada pihak pembekal. Ia menggunakan kuasa bateri sahaja.

Begitulah kepentingan tenaga elektrik untuk kegunaan berbagai aplikasi. Jika tenaga elektrik ini dapat dimanfaat dengan sebaik mungkin ia akan ememberi lebih faedah kepada pengguna itu sendiri.

Persoalan yang saya ingin ketengahkan hari ini ialah.."Mengapa saya perlu berjimat dengan tenaga elektrik?." 
anda seringkali dihebahkan dengan berita kenaikan tariff elektrik. Atas dasar keperihatianan kerajaan menangani isu ini, maka kenaikan tariff elektrik ditangguhkan lagi.

Tetapi, sampai bilakah kita perlu mengharapkan ehsan daripada kerajaanagar tarif elektrik tidak dinaikkan?. Bukankah lebih elok jika kita mengubah sikap kita dalam menggunakan tenaga elektrik?.  Ianya sebenarnya amat mudah, kerana untuk melakukannya, kita tidakperlu mengeluarkan sebarang peluh!.

Penjimatan tenaga elektrik yang anda lakukan sedikit sebanyak membantu menyelamatkan wang saku anda dari keluar ke tempat yang tidak sepatutnya. Ini sahajalah cara yang dapat anda lakukan kerana dengan mengubah sedikit cara anda menggunakan tenaga elektrik, ia boleh membantu dan menyihatkan kewangan bulanan anda. 

Percayalah! ia akan mengubah cara anda berbelanja pada setiap bulan hanya kerana anda telah melaksanakan penjimatan tenaga elektrik ini.
RM 30.00

                 PROMOSI ISTIMEWA!!!! 





Jumaat, 19 April 2013

Sikap orang Beriman dan bertawakal




Bismillah hirrohmanirrahim..

Dari Allah kita Datang dan kepada Allah kita dikembalikan. 
Apabila kita ada masalah, kita akan merujuk kepada Allah. 
Itulah sikap orang beriman dan bertawakkal.

Sikap beriman dan bertawakal ini dipaparkan dengan jelas dalam 

Bab Rezeki ialah hak Allah. Walau bagaimanapun, kita dituntut 
untuk berusaha mendapatkan rezeki. Namun kita janganlah beriktikad
bahawa usaha itu yang mendatangkan rezeki. 

Yang memberi rezeki ialah Allah, ia yang memberinya kepada manusia
dan seluruh hidupan di dunia ini menurut peraturan-peraturan yang
telah tetapkan. 

Benarkah usaha itu hanyalah jalan untuk sampainya rezeki kepada kita. 
Apakah ikhtiar itu boleh mendekatkan kita kepada rezeki Allah? 

Dapatkan maklumat lebih terperinci di dalam ebook..
"RahsiaRezeki" 

RM 20.00

+ (Bonus)
The Science Of Getting Rich

The Richest Man in Babylon


      PROMOSI ISTIMEWA!!!! 

Khamis, 18 April 2013

cerita sebuah gambar: Kanak-kanak & Burung pembangkai

15 Foto-Foto Terbaik di Dunia Terbaru 2010

Pernah kah anda melihat gambar ini??? Tahukah anda cerita disebalik gambar ini??? 

Gambar ini telah  mendapat penghargaaan  daripada Pulitzer. Di khabarkan, gambar ini diambil pada tahun 1994, yang mana pada masa itu berlaku krisis kebuluran yang amat dasyat di Sudan. Dalam gambar ini kita dapat lihat  seorang kanak-kanak kecil sedang merangkak menuju ke sebuah kem Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), yang terletak beberapa kilometer dari tempat gambar ini dirakam. Berhampiran kanak-kanak itu kelihatan  seekor burung pembangkai yang sedang  menunggu kanak-kanak  itu mati untuk dimakan. Setelah  tersebarnya gambar ini, ia telah membuatkan seluruh dunia terkejut. Ramai tidak dapat mempercayai bertapa sengsaranya rakyat di Sudan akibat krisis kebulran yang berlaku. Lebih menduka citakan  tidak ada seorangpun yang tahu apa yang terjadi kepada kanak-kanak itu, termasuk si Photographer itu sendiri iaitu Kevin Carter. Di khabarkan juga sejurus merakam gambar tersebut kevin terus meninggalkan tempat tersebut. Lebih memeranjatkan dunia, tiga bulan kemudian Kevin Carter telah membunuh diri kerana tekanan perasaan. Ini mungkin kerana kevin berasa bersalah kerana tidak membantu kanak-kanak tersebut.

Selasa, 16 April 2013

Tips Kuasai Bahasa Inggeris: Jangan Malu



Sifat MALU ialah salah satu sebab mengapa seseorang 
itu lemah dalam Bahasa Inggeris.

Sebenarnya tidak salah bersifat PEMALU kerana ia boleh menjadi 
benteng agar anda tidak melakukan perkara yang tidak elok contohnya, 
tidak meragut beg pejalan kaki kerana MALU jika ditangkap polis. 

Tetapi anda BERSALAH  jika anda malu bertutur dalam Bahasa Inggeris. 
Apa yang menyebabkan anda malu bertutur dalam Bahasa Inggeris?

Anda malu akan ditertawakan oleh teman sekerja anda?
Anda malu akan menjadi bahan gurauan sesiapa sahaja yang berada 
di sekeliling anda?

Singkirkan sifat negatif ini dari diri anda. 

Sebenarnya tiada sesiapa yang akan mentertawakan anda, anda sahaja 
yang rasa ditertawakan.

Letak sifat malu ini ke tepi buat seketika. Mulalah bertutur dalam 
Bahasa Inggeris. Anda tidak perlu malu kerana anda bukannya melakukan 
perkara yang tidak baik. Sebaliknya anda sedang berusaha melakukan 
perkara yang baik untuk diri anda. Banyak peluang menanti anda 
sekiranya anda fasih dalam Bahasa Inggeris.
RM 30.00

PROMOSI ISTIMEWA!!!! 

Isnin, 15 April 2013

3 persedian yang perlu dilakukan sebelum mula bekerja dari rumah.

Sebenarnya, terdapat banyak persediaan sebelum memutuskan untuk bekerja dari rumah, namun di bawah ini saya senaraikan tiga perkara penting yang perlu diambil perhatian.

1. Bekerja  atau bisnes
Memilih sama ada mahu mengusahakan bisnes iaitu menjual produk atau perkhidmatan. Jika bekerja contohnya seperti saya memilih sebagai penulis sepenuh masa. Kriteria pemilihan kerja atau bisnes sangat berkait rapat dengan pendidikan, pengalaman, rangkaian dan minat. Pilihlah berdasarkan keutamaan yang memberi pulangan menguntungkan dari segi kewangan, kepuasan dan minat. Ini mendorong kalian untuk kekal fokus dan tidak mudah patah semangat.

2. Pengurusan masa
Sangat penting mempunyai kalender pengurusan masa yang tepat dalam perancangan kerja atau bisnes. Ini memastikan kalian mempunyai arah tuju yang jelas. Juga mempunyai rangka kerja berdasarkan tempoh waktu yang sesuai. Bekerja tanpa arah tuju membuatkan anda hilang panduan dan tuju arah yang sebenar.

3. 101 idea bisnes
Ramai yang mengatakan, tiada idea, tidak tahu membuat apa, tidak pandai memilih produk yang sesuai. Sedangkan begitu banyak idea bisnes yang boleh dimulakan dari rumah secara kecil-kecilan. Terdapat beberapa cara, selain mendapatkan capaian kata laluan idea bisnes di aplikasi google, boleh juga mendapatka idea dari buku-buku bisnes yang sudah banyak terdapat di pasaran. Juga melihat blog teman-teman yang sudah pun berniaga secara kecil-kecilan.

RM 20.00

PROMOSI ISTIMEWA!!!! 

Ahad, 14 April 2013

Setiap Anak Adalah Berbeza

Setiap perangai anak anda adalah unik. Ia memang tidak akan sama. 
Perangai dan cara anak anda berfikir adalah tidak sama. Anda tidak 
boleh menganggap anak pertama rajin belajar, anak kedua juga akan 
rajin belajar. Ia berbeza untuk setiap individu. Sudah pasti anda 
juga mempunyai perangai yang berbeza dengan adik beradik anda yang lain.

Anda perlu gunakan dua elemen dalam mendidik anak iaitu kawal dan 
kasih sayang. Perangai anak-anak adalah berbeza, anda juga 
mempunyai persepsi berbeza, maka, cara terbaik adalah anda kawal 
emosi anda dan beri kasih sayang kepada mereka.

==> https://app.getresponse.com/click.html?x=a62b&lc=ofp7&mc=BF&s=RGrKc&y=N&

Untuk anak yang pemarah, anda perlu pandai menenangkan mereka. 
Untuk anak yang sensitif, anda perlu berhati-hati ketika berkata-kata. 
Untuk anak yang degil, anda perlu disiplinkan mereka. 

Ia adalah berbeza untuk setiap anak. Anda perlu berhadapan dengan 
anak-anak menggunakan cara yang berbeza berdasarkan perangai mereka.

Ketika kecil memang mudah untuk anda memahami mereka, tetapi apabila 
mereka meningkat dewasa, mereka akan berjumpa dengan ramai orang 
dan tanggapan mereka mengenai kehidupan akan berubah. 

Seorang remaja selalunya sangat memberontak, mereka akan menunjukkan 
kepada dunia bahawa mereka adalah berbeza dan bagus.

==> https://app.getresponse.com/click.html?x=a62b&lc=ofp7&mc=BF&s=RGrKc&y=N&

Kawal perasaan memberontak anak-anak anda dengan membimbing mereka 
ke arah yang betul. Cakap dengan anak anda, beri cadangan kepada 
anak anda bagaimana hendak mencapai impian dia. Setiap anak akan 
memberontak dengan cara yang berbeza. Anda perlu mengawalnya sebelum 
terlambat.

Menjadi ibu bapa adalah salah satu pengembaraan anda di dunia ini. 
Kita hidup hanya sekali dan berilah yang terbaik untuk anak anda. 
Hendak melentur buluh biar dari rebungnya. Anda perlu tenang dalam 
mendidik anak anda kerana mereka adalah anugerah yang sangat 
bernilai dari tuhan. Jadilah ibu bapa yang lebih baik dari semalam. 

Didik anak.com

6 tanda lelaki sukakan anda

#1 : Dia sentiasa utamakan anda.
---------------------------------------
Contohnya, ketika anda ingin minta pertolongan dia untuk lakukan sesuatu, dia akan berhenti dari kerja yang dia lakukan dan tolong anda tanpa teragak � agak. Malah, dia juga akan tolong anda dengan bersungguh � sungguh dan  dia juga akan pastikan perkara tersebut di selesaikan dengan segera.

#2 : Dia ambil masa untuk bertentangan mata dengan anda.
---------------------------------------
Lelaki suka akan anda jika dia ambil masa untuk bertentangan mata dengan anda. ini kerana dia rasa berdebar � debar untuk menatap wajah wanita yang dia suka.

#3 : Dia dapat tangkap isi hati anda.
---------------------------------------
Seorang lelaki suka akan anda jika dia tahu apa yang anda fikirkan. Dia tahu anda sedang marah, gembira atau apa sahaja mood yang sedang anda ada ketika itu. Dia sedia mendengar masalah anda dan kadangkala dia akan gembirakan anda dengan bermacam cara jika dia tahu anda sedang sedih.

#4 : Dia tahu banyak hal mengenai anda.
---------------------------------------
Lelaki akan peka terhadap wanita yang dia suka terutamanya perkara yang di sukai dan perkara yang tidak di sukai oleh wanita tersebut. Jika ada lelaki yang mahir mengenai kesukaan dan kebencian anda, dia sebenarnya suka pada anda.

#5 : Dia renung anda ketika anda tidak melihatnya.
---------------------------------------
Lelaki yang suka akan anda, dia akan renung anda ketika anda tidak melihatnya. Dia sangat kagum akan diri anda dan ingin sentiasa melihat anda.

#6 : Dia akan panik jika anda terluka.
---------------------------------------
Jika anda terluka secara fizikal atau mental, dialah yang paling risau akan anda. Dia akan lakukan apa sahaja untuk mengubat luka anda.

RAHSIA HATI.COM