Khamis, 18 April 2013

cerita sebuah gambar: Kanak-kanak & Burung pembangkai

15 Foto-Foto Terbaik di Dunia Terbaru 2010

Pernah kah anda melihat gambar ini??? Tahukah anda cerita disebalik gambar ini??? 

Gambar ini telah  mendapat penghargaaan  daripada Pulitzer. Di khabarkan, gambar ini diambil pada tahun 1994, yang mana pada masa itu berlaku krisis kebuluran yang amat dasyat di Sudan. Dalam gambar ini kita dapat lihat  seorang kanak-kanak kecil sedang merangkak menuju ke sebuah kem Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), yang terletak beberapa kilometer dari tempat gambar ini dirakam. Berhampiran kanak-kanak itu kelihatan  seekor burung pembangkai yang sedang  menunggu kanak-kanak  itu mati untuk dimakan. Setelah  tersebarnya gambar ini, ia telah membuatkan seluruh dunia terkejut. Ramai tidak dapat mempercayai bertapa sengsaranya rakyat di Sudan akibat krisis kebulran yang berlaku. Lebih menduka citakan  tidak ada seorangpun yang tahu apa yang terjadi kepada kanak-kanak itu, termasuk si Photographer itu sendiri iaitu Kevin Carter. Di khabarkan juga sejurus merakam gambar tersebut kevin terus meninggalkan tempat tersebut. Lebih memeranjatkan dunia, tiga bulan kemudian Kevin Carter telah membunuh diri kerana tekanan perasaan. Ini mungkin kerana kevin berasa bersalah kerana tidak membantu kanak-kanak tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan