Rabu, 26 Disember 2012

Sidang Media Khas Kecurian di IK


Rentetan daripada artikel mengenai Pencuri Rm10 di desa IK tempoh hari, kini pihak ejen BPC telah membuat satu sidang media sosial khas pada hari ini. oleh itu, penulis nak membawa korang sume hari ni  untuk sama2 menghayati kepada sesi penerangan khas tersebut.... sesi penerangan ini di ketuai oleh jurucakap khas BPC isitu Mr. Fendy Schyzo.           

             Profil  
Nama:         Mr. Fendy Schyzo
Kepakaran: Risik alam ghaib.
Jabatan:       Ejen Kor BPC
kejayaan:     Pingat Emas Tarik Tali

                                                                                                                      

Desasiswa Indah Kembara,USM- Kini gempar dilanda serangan toyol yang semakin mengganas sejak seminggu lepas.

Ternyata toyol yang lebih dikenali 'Toyol RM10' ini mempunyai sikap cerewet & memilih kerana toyol itu mempunyai citarasa yang tinggi dengan mencuri dengan nilai yang tinggi. Hal ini terbukti apabila kebanyakan mangsa mengadu kehilangan duit sekitar RM10 namun duit RM1 yang diletak bersepah-sepah tidak pula dicurinya.

Mangsa terbaru, Fat (bukan nama samaran) berkata, dia mengesyaki toyol ini mempunyai fizikal seperti manusia biasa dengan warna kulit hitam kehijauan. Beliau yang turut kehilangan duit sebanyak RM50 berharap pihak berwajib mengambil tindakan agresif terhadap toyol tersebut seperti menembak paintball secara bertalu-talu atau didenda supaya membina tapak paintball di belakang Kafe Mak Teh.

Manakala seorang blogger terkenal yang hanya mahu dikenali sebagai Mi berkata, seorang rakan beliau yang berasal dari RST turut kehilangan duit dalam kunjungan rasminya di Desasiswa Indah Kembara. Dipetik dari blog beliau 'Meraung Tak Tentu Pasal', beberapa ejen perisik BPC telah menjalankan siasatan bagi membongkar misteri toyol ini. Ejen-ejen ini telah memasang beberapa kamera litar terbuka di tempat-tempat yang berisiko tinggi serta memasang beberapa perangkap dengan umpan duit RM10. Tambah Mi, semua penghuni IK hendaklah mengambil langkah berjaga-jaga seperti membuat jadual sentri di waktu malam, menyebarkan risalah tentang dosa mencuri dan sebagainya.

Sementara itu, seorang wakil rakyat bagi Parti UMNO,Wan, dalam kenyataannya dalam sidang media Sabtu lepas, berkata masalah ini berpunca dari akar umbi."Saya turut meminta bantuan seorang dukun popular di Kedah dalam mengatasi masalah 'Toyol RM10' ini. Dukun itu ada memberi beberapa penunjuk seperti keadaan fizikal toyol, makanan kegemaran serta ilmu yang diamalkan oleh toyol tersebut." ujarnya yang meminati ikan keli goreng resepi turun-temurun Mak Teh.

Sehingga berita ini ditulis, jumlah kerugian yang dicatatkan oleh mangsa toyol tersebut dikatakan mencecah RM112,tidak termasuk kehilangan duit yang tidak disedari oleh mangsa. Serangan toyol di Desasiswa Indah Kembara ternyata dapat mewujudkan kesedaran dalam diri setiap penghuni IK agar lebih berhati-hati dengan keadaan sekitar serta menjaga barang-barang milik masing-masing dan juga jiran tetangga.

Credit to :        Mr. Fendy Schyzo. 
Artikel Asal:    Serangan Toyol 

P/s: Tahniah atas kejayaan ejen BPC kerana membongkarkan dalang sebenar kecurian di IK.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan