Indah Kembara- Kejadian kehilangan wang pelajar di Desasiswa Indah Kembara, semakin bermaharajalela dan mengganaz. Pencuri yang digelar sebagai Pencuri RM10 itu, setakat ini masih belum dapat dikesan. Saksi mengatakan pencuri ini sangat licik dan sungguh payah sekali ingin mengesan tabiatnya yang sukakan wang RM10. Berdasarkan statistik, kejayaan pencuri tegar ini berjaya merangkul lebih kurang... RM60 daripada mangsa yang berbeza. Menurut seorang saksi yang tidak mahu dikenali, beliau sudah tiga kali menjadi mangsa, manakala rumetnya pula menjadi mangsa terbaru kepada aktiviti kurang sivik itu. Lebih malang lagi, seorang pengunjung daripada Desasiswa RST juga telah menjadi mangsa kepada makhluk itu, dimana beliau tertinggal dompet, dan apabila menyedarinya, wang nya sebanyak RM10 sudah dikebas toyol tesebut. Namun begitu, eksotiknya sikap penjenayah ini, beliau tidak mengambil semua wang yang ada cuma Rm10 yang menjadi target. Motif kejadian masih belum di kenal pasti, dan sedang disiasat oleh ejen BPC. Seorang mangsa apabila ditemu ramah juga mengatakan:
wartawan: salam encik. Berapa banyak wang anda yang terjebak??
mangsa: xbanyak RM10 jek...tp saya sedih sebab saya baru nak untung
tapi rugi plak..hu
wartawan: Maksud encik??
mangsa:Maksud saya wang yang hilang itu adalah modal bisnes saya dan hari ni sepatutnya saya dahdapat keuntungan pertama tapi camni plak jadinya...hu
wartawan: Bagaimana kejadian ini berlaku??
mangsa: Saya tidak tahu, tapi saya kesan kehilangan ini semasa
menyemak rekod keluar masuk wang saya. Padahal semalam saya kira cukup jek. Pas 2 saya nagdu la kat rumet dan kawan-kawan, dan saya diberitahu bukan saya sahaja tetapi sudah ada mangsa lain yang terjebak sama.
wartawan: Apa perancangan encik unutk hari-hari seterusnya??
mangsa: Saya sudah berpakat dengan rumet untuk membeli spy camera
untuk menundukkan manusia yang terbabit. Saya harap perancangan ni akan berjaya.
wartawan: Bagus 2. so last question... encik ada apa-apa pesanan tak untuk pembaca dan penjenayahitu??
mangsa: Ada-ada....kepada kawan-kawan dan pembaca sekalian silalah berhati-hati dengan pencuri RM10, ia amat licik dan jijik, jangan lupa kunci pintu ea...kepada protozoa RM10 2 bawak2 la bertaubat, kasihan kat kami2 ni....semoga anda insaf dan diampunkan Allah..
Wartawan: tq encik...apa nama ek...
mangsa: sama-sama...owh, saya **** ***** dari pusat pengajian ***/3.
P/S: mujur RM10 lau RM100 tak kem menagis jawabnya...ha3!!!!
SAY NO TO PENCURI RM10!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan