kapal nabi nuh tersegam indah berlatar belakangkan jambatan gantung besar dan laut
Pemandangan pada waktu malam di Noah Ark Theme Park.
Hampir70 pasang haiwan replika bersaiz sebenar di pamerkan.
wow!! besarnya.......
Pengujung mellawat Noah Ark Theme Park
FAKTA
Nama: Taman Tema Bahtera Nuh/ Noah Ark Theme Park
Lokasi: Hong Kong
Spesifikasi: Mengikut saiz sebenar
(300 hasta panjang x 50 hasta lebar x 30 hasta tinggi).
Diluar kpal ini terdapat hampr 70 pasang replika binatang
sebenar dan beberapa jenis haiwan yang hidup.
Didalam kapal pula terdapat beberapa haiwan yang jarang
ditemui seperti nautilan, toucan dan ikan-ikan eksotik
sumber: Ibnu Hasyim.com
Masih ingat lagi kisah Nabi Nuh???
Sipnopsisnya lebih kurang begini.... Apabila Nabi Nuh bermimpi (wahyu) dunia akan ditimpa bencana berupa banjir besar. dalam mimpi tersebut Allah memerintahkan Nabi Nuh untuk membina sebuah kapal besar/bahtera untuk memuatkan pengikut baginda, haiwan, tumbuhan serta semua makhluk hidup. maka Nabi Nuh pun menurutilah perintah Allah s.w.t, di atas padang pasir. maka ramailah yang menganggap Nabi Nuh gila dan juga mengejeknya. Masakan tidak, bagaimana kapal sebesar itu hendak dilayarkan di atas sebuah padang pasir yang kontang. tiada siapa yang datang menolongnya melainkan pengikutnya yang sedikit itu, bahkan anaknya sendiri tidak menolong baginda. walaupun berkali-kali mengingatkan kaumnya tentang peringatan Allah supaya mereka beriman namun tidak diendahkan mereka. Tanpa menyerah Nabi Nuh terus menyiapkan perintah Allah tersebut. Hari demi hari berlalu, masa berganti masa, kini tibalah saat yang dijanjikan Allah, hujan turun dengan lebat mencurah ke bumi, bahkan air dalam bumi turut keluar membanjiri seisi alam semua makhluk hidup berbondong-bondong menaiki bahera Nabi Nuh, manusia yang dulu mengejek baginda mula meminta belas ihsan baginda, semua haiwan dibawa naik berpasangan dan juga tumbuhan......begitu lah sedikit cerita NAbi Nuh.a,s. selepas banjir mulai surut maka bertebaran makhluk hidup di muka bumi untuk membina peradaban yang baru setelah dibinasakan oleh banjir besar sebelum itu...
.
Maaf atas kekurangan dalam penceritaan diatas yang buruk dari diri saya yang baik dari Allah jua.......
kisah bahtera Nabi Nuh a.s bukan sahaja menjadi milik orang islam sahaja, malahan turut di kongsi oleh seluruh masyarakat dunia, umumnya pengganut daripada agama islam, kristian dan yahudi. Pelbagai persoalan bermain di benak fikiran pengkaji sejarah mengenai kesahihan kewujudan BahteraAgung ini. namun begitu, wajib lah kita sebagai umat islam percaya kewujudannya sesuai dengan firman Allah s.w.t
""Hingga apabila perintah Kami datang dan tanah telah memancarkan air, Kami berfirman: 'Muatkanlah ke dalam bahtera itu dari masing- masing binatang sepasang (jantan dan betina), dan keluargamu kecuali orang yang terdahulu ketetapan terhadapnya dan (muatkanlah pula) orang-orang yang beriman.' Dan tidak beriman bersama Nuh itu kecuali sedikit. " (QS. Hud: 40)
percubaan mencari sisa bahtera Nabi Nuh masih giat dijalankan oleh pengkaji sejarah dan kini pendapat paling kuat mengatakan tempat berlabuhnya bahtera itu selepas banjir besar adalah di pergunungan Ararat, Turki. Namun kebenaranya belum terbukti, Maha Suci Allah melindungi apa yang dikehendaki oleh Nya. wallahu a'lam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan