Jumaat, 28 Disember 2012

Askar..sebijik cam korang skot!!!

Hai2 korang!!  
Dah bace tajuk kat atas 2???   siyez ni memang sebijik cam korang..ha3...lawak2 aku ingat koang je suke  skot..skot... upe nyer askar lain pun suke skot2 gak..ha3 xboleh blah la wei... xcaye ce korang tengok gambaq aku print screen ni... agak2 sape yang yang salu ngat skot2 cam 2.. sebijik cam korang ba' ang!!!ha3






SENTIASA DI MEMIMPIN

story lucu hari ini...

Saya terpikir untuk tergelak hari ni malangnya....xde ape pun yang lucu... maka saya pun menvcari-cari didalam internet, lalu terjumpa la saya dengan cerita lucu sangat2 ni yang buat sampai, saya xmampu nak gelak???? lalu saya pun membaca dengan tekunya..........

1. MAMAT dengan MINAH.
Ade seorang yang bekerja dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, namanya Minah.... satu malam sedang dia asyik bekerja, ada seorang mamat ni, tibe2 dia menjerit, polis! polis! polis! dengan nafas yang tercungap-cungap dari tingkat 12 rumahnya. Tanpa berlengah lagi, Minah pun menghantar anggota pasukannya untuk memantau keadaan lelaki tersebut, sambil membantu mamt tu untuk turun dan keluar dari rumahnya. Minah juga berusaha untuk menenangkan mamat tersebut minah juga cuba menyoal lelaki tersebut adakah ada sesiapa dalam rumah tersebut yang cuba mengancam beliau atau ada apa2 yang berlaku. selepas didesak beberapa kali oleh Minah akhirnya lelaki tesebut pun bersuara.. " saya memanggil polis kerana tandah rumah saya sesang tersumbat, airnya melimpah kedala ruang tamu rumah saya" . ????? =>

Awat la hg xpanggil tukang paip jek....???

2. SI KATAK
Ade seorang wanita yang ingin melawat sepupunya di Hutan Amazon, dia menelefon polis untuk menemaninya ke rumah sepupunya itu. katanya, dia perlukan polis sebab ada seekor katak yang bunyinya sangat kuat dan menyebabkan dia xmampu unutk tidur dengan lena. lalu si polis pun bertanya apa yang boleh dia lakukan sedangkan katak itu bukannya penjenayah yang boleh mengancamnya.wanita itu membalas kepada si polis, saya memerlukan orang yang kuat seperti anda untuk menyelamatkan saya dari gangguan katak tersebut dan saya yakin dengan anda untuk membantu saya katanya...he

P/S : xlawak langsung...! baik tengok maharaja lawak kalau nak gelak..hu

Rabu, 26 Disember 2012

Sidang Media Khas Kecurian di IK


Rentetan daripada artikel mengenai Pencuri Rm10 di desa IK tempoh hari, kini pihak ejen BPC telah membuat satu sidang media sosial khas pada hari ini. oleh itu, penulis nak membawa korang sume hari ni  untuk sama2 menghayati kepada sesi penerangan khas tersebut.... sesi penerangan ini di ketuai oleh jurucakap khas BPC isitu Mr. Fendy Schyzo.           

             Profil  
Nama:         Mr. Fendy Schyzo
Kepakaran: Risik alam ghaib.
Jabatan:       Ejen Kor BPC
kejayaan:     Pingat Emas Tarik Tali

                                                                                                                      

Desasiswa Indah Kembara,USM- Kini gempar dilanda serangan toyol yang semakin mengganas sejak seminggu lepas.

Ternyata toyol yang lebih dikenali 'Toyol RM10' ini mempunyai sikap cerewet & memilih kerana toyol itu mempunyai citarasa yang tinggi dengan mencuri dengan nilai yang tinggi. Hal ini terbukti apabila kebanyakan mangsa mengadu kehilangan duit sekitar RM10 namun duit RM1 yang diletak bersepah-sepah tidak pula dicurinya.

Mangsa terbaru, Fat (bukan nama samaran) berkata, dia mengesyaki toyol ini mempunyai fizikal seperti manusia biasa dengan warna kulit hitam kehijauan. Beliau yang turut kehilangan duit sebanyak RM50 berharap pihak berwajib mengambil tindakan agresif terhadap toyol tersebut seperti menembak paintball secara bertalu-talu atau didenda supaya membina tapak paintball di belakang Kafe Mak Teh.

Manakala seorang blogger terkenal yang hanya mahu dikenali sebagai Mi berkata, seorang rakan beliau yang berasal dari RST turut kehilangan duit dalam kunjungan rasminya di Desasiswa Indah Kembara. Dipetik dari blog beliau 'Meraung Tak Tentu Pasal', beberapa ejen perisik BPC telah menjalankan siasatan bagi membongkar misteri toyol ini. Ejen-ejen ini telah memasang beberapa kamera litar terbuka di tempat-tempat yang berisiko tinggi serta memasang beberapa perangkap dengan umpan duit RM10. Tambah Mi, semua penghuni IK hendaklah mengambil langkah berjaga-jaga seperti membuat jadual sentri di waktu malam, menyebarkan risalah tentang dosa mencuri dan sebagainya.

Sementara itu, seorang wakil rakyat bagi Parti UMNO,Wan, dalam kenyataannya dalam sidang media Sabtu lepas, berkata masalah ini berpunca dari akar umbi."Saya turut meminta bantuan seorang dukun popular di Kedah dalam mengatasi masalah 'Toyol RM10' ini. Dukun itu ada memberi beberapa penunjuk seperti keadaan fizikal toyol, makanan kegemaran serta ilmu yang diamalkan oleh toyol tersebut." ujarnya yang meminati ikan keli goreng resepi turun-temurun Mak Teh.

Sehingga berita ini ditulis, jumlah kerugian yang dicatatkan oleh mangsa toyol tersebut dikatakan mencecah RM112,tidak termasuk kehilangan duit yang tidak disedari oleh mangsa. Serangan toyol di Desasiswa Indah Kembara ternyata dapat mewujudkan kesedaran dalam diri setiap penghuni IK agar lebih berhati-hati dengan keadaan sekitar serta menjaga barang-barang milik masing-masing dan juga jiran tetangga.

Credit to :        Mr. Fendy Schyzo. 
Artikel Asal:    Serangan Toyol 

P/s: Tahniah atas kejayaan ejen BPC kerana membongkarkan dalang sebenar kecurian di IK.



Ahad, 23 Disember 2012

Inilah Alasan Kenapa Orang Gila Tidak Pernah Sakit

Salam semua.

Pernah  X anda berpikir, kenapa orang gila selalu sihat dan ceria? Apa rahsianya? Tidak pernah kita melihat sekali pun ada orang gila di mana-mana, minum ubat, memakai koyok, atau sakit gigi sekalipun. Jawapannya adalah KERANA MEREKA TIDAK PERNAH STRESS !!!

Orang gila tidak pernah sakit kerana mereka tidak pernah stress. Mereka tidak perlu nak berpikir apa-apa pun. Makanan  lak apa-apa pun mereka makan. Tidak seperti kita. Dah ada ayam goreng,  nak makan sate. Sudah ada laksa penang, masih lagi makan pizza, hotdog, dan lain-lain. Sedangkan orang gila tidak pernah minta makanan macam itu pun. Makanan apapun asal namanya makanan tetap mereka makan. Bahkan nasi basi pun mereka makan..he3


Kedua, orang gila itu selalu qona'ah. Mereka itu beriman. Menerima semua pemberian Allah untuk mereka. Tidak pernah minta macam-macam benda. Tidak seperti kita. Sudah diberi kaki, nak minta motor. Dah ada motor, nak kereta pula. Dah ada rumah banglo pun masih rasa tak cukup. Akhirnya beli ini beli itu. Last-last, hutang keliling pinggang. Nah, ketika hutang dah  menggunung mulalah jatuh sakit.

Orang gila itu ade pakaian ke x ke,dorang ok jek. Kalau mengantuk, tidur je kat mane2.. Mereka xkisah pun ngan tilam empuk kat umah korang 2. lau kita xde tilam mula lah xboleh tidor. tym kena g camping??? nah amik kaw! baru tahu langit 2 tinggi ke rendah.

Orang gila jarang sakit juga sebab dorang ni sokmo2 berbahagia. ade 2 setiap masa duk tersenyum jek.Betul kan? Orang yang selalu tersenyum pasti hatinya bahagia dan tenteram. Everething is running well, hehe .. yang best nye dorang ni xada masalah kot. Kalaupun ada masalah pun, dia menganggap itu sebagai hiburan yang menyenangkan. sebab 2 la dorang tersenyum jek macam kearang rebus.

Nah, lau nak sihat nak hepi2, nak enjoy dunia akhirat  jadilah "Orang gila". Maksudnya, hiduplah dengan qona'ah, tidak payah nak macam-macam dan selalulah tersenyum. Mudah-mudahan korang semua sihat dan terus tersenyum.

Di petik dan disesuaikan oleH penulis dari sini: source

The Holy Qur'an ayat Alqur'an Diubah

Salam Semua,

Sila ambil perhatian.  The Holy Qur'an - Satu Versi baru Al-Qur'an telah di keluarkan Apple APP STORE

Nama aplikasinya adalah "The Holy Quran, Arabic text and English translation". 

Diterjemahkan oleh Maulvi Sher Ali, Ahmadiyah Muslim Community. Aplikasi ini tersedia di Google Play dan iPhone App Store. Umat Islam perlu peka untuk tidak membeli dan mengunduh aplikasi ini! Produk ini perlu di boikot karena ini adalah salah/mengelirukan & bercanggah dengan ayat Al-Quran yang aslinya. 

holy alquran

Walaupun Kita tidak Memakai Ponsel Android dan iPhone, Jangan abaikan, Jangan Download The Holy Qur'an percuma disini ! silakan share artikel ini!


Sumber Artikel dan Gambar: This site

Selasa, 18 Disember 2012

Gempar!!! Pencuri RM10 di Indah Kembara.

Indah Kembara- Kejadian kehilangan wang pelajar di Desasiswa Indah Kembara, semakin bermaharajalela dan mengganaz. Pencuri yang digelar sebagai Pencuri RM10 itu, setakat ini masih belum dapat dikesan. Saksi mengatakan pencuri ini sangat licik dan sungguh payah sekali ingin mengesan tabiatnya yang sukakan wang RM10. Berdasarkan statistik, kejayaan pencuri tegar ini berjaya merangkul lebih kurang... RM60 daripada mangsa yang berbeza. Menurut seorang saksi yang tidak mahu dikenali, beliau sudah tiga kali menjadi mangsa, manakala rumetnya pula menjadi mangsa terbaru kepada aktiviti kurang sivik itu. Lebih malang lagi, seorang pengunjung daripada Desasiswa RST juga telah menjadi mangsa kepada makhluk itu, dimana beliau tertinggal dompet, dan apabila menyedarinya, wang nya sebanyak RM10 sudah dikebas toyol tesebut. Namun begitu, eksotiknya sikap penjenayah ini, beliau tidak mengambil semua wang yang ada cuma Rm10 yang menjadi target. Motif kejadian masih belum di kenal pasti, dan sedang disiasat oleh ejen BPC. Seorang mangsa apabila ditemu ramah juga mengatakan:

wartawan: salam encik. Berapa banyak wang anda yang terjebak??

mangsa: xbanyak RM10 jek...tp saya sedih sebab saya baru nak untung 
tapi rugi plak..hu

wartawan: Maksud encik??




mangsa:Maksud saya wang yang hilang itu adalah modal bisnes saya dan hari ni sepatutnya saya dahdapat keuntungan pertama tapi camni plak jadinya...hu


wartawan: Bagaimana kejadian ini berlaku??


mangsa: Saya tidak tahu, tapi saya kesan kehilangan ini semasa 
menyemak rekod keluar masuk wang saya. Padahal semalam saya kira cukup jek. Pas 2 saya nagdu la kat  rumet dan kawan-kawan, dan saya diberitahu bukan saya sahaja tetapi sudah ada mangsa lain yang terjebak sama.

wartawan: Apa perancangan encik unutk hari-hari seterusnya??


mangsa: Saya sudah berpakat dengan rumet untuk membeli spy camera 
untuk menundukkan manusia yang terbabit. Saya harap perancangan ni akan berjaya.


wartawan: Bagus 2. so last question... encik ada apa-apa pesanan tak untuk pembaca dan penjenayahitu??

mangsa: Ada-ada....kepada kawan-kawan dan pembaca sekalian silalah berhati-hati dengan pencuri RM10, ia amat licik dan jijik, jangan lupa kunci  pintu ea...kepada protozoa RM10 2  bawak2 la bertaubat, kasihan kat kami2 ni....semoga anda insaf dan diampunkan Allah..

Wartawan: tq encik...apa nama ek...

mangsa: sama-sama...owh, saya **** *****  dari pusat pengajian ***/3.


                


Begitulah temu ramah antara wartawan  dengan mangsa tersebut.. semoga pembaca sekalian mengambil iktibar dan sentiasa berwaspada selalu...

P/S: mujur RM10 lau RM100 tak kem menagis jawabnya...ha3!!!!


SAY NO TO PENCURI RM10!!!



Isnin, 17 Disember 2012

Jom tengok kapal Nabi Nuh.....dasyat ba'ang!!

kapal nabi nuh tersegam indah berlatar belakangkan jambatan gantung besar dan laut

Pemandangan pada waktu malam di  Noah Ark Theme Park.


Hampir70 pasang haiwan replika  bersaiz sebenar di pamerkan.

wow!! besarnya.......


Pengujung mellawat Noah Ark Theme Park


FAKTA

Nama:                     Taman Tema Bahtera Nuh/ Noah Ark Theme Park
Lokasi:                    Hong Kong
Spesifikasi:             Mengikut saiz sebenar 
                                 (300 hasta panjang x 50 hasta lebar x 30 hasta tinggi).
                                 Diluar kpal ini terdapat hampr 70 pasang replika binatang
                                 sebenar dan beberapa jenis haiwan yang hidup.
                                Didalam kapal pula terdapat beberapa haiwan yang jarang 
                                 ditemui seperti nautilan, toucan dan ikan-ikan eksotik


Masih ingat lagi kisah Nabi Nuh???

Sipnopsisnya lebih kurang begini.... Apabila Nabi Nuh bermimpi (wahyu) dunia akan ditimpa bencana berupa banjir besar. dalam mimpi tersebut Allah memerintahkan Nabi Nuh untuk membina sebuah kapal besar/bahtera untuk memuatkan pengikut baginda, haiwan, tumbuhan serta semua makhluk hidup. maka Nabi Nuh pun menurutilah perintah Allah s.w.t, di atas padang pasir. maka ramailah yang menganggap Nabi Nuh gila dan juga mengejeknya. Masakan tidak, bagaimana kapal sebesar itu hendak dilayarkan di atas sebuah padang pasir yang kontang. tiada siapa yang datang menolongnya melainkan pengikutnya yang sedikit itu, bahkan anaknya sendiri tidak menolong baginda. walaupun berkali-kali mengingatkan kaumnya tentang peringatan Allah supaya mereka beriman namun tidak diendahkan mereka. Tanpa menyerah Nabi Nuh terus menyiapkan perintah Allah tersebut. Hari demi hari berlalu, masa berganti masa, kini tibalah saat yang dijanjikan Allah, hujan turun dengan lebat mencurah ke bumi, bahkan air dalam bumi turut keluar membanjiri seisi alam  semua makhluk hidup berbondong-bondong menaiki bahera Nabi Nuh, manusia yang dulu mengejek baginda mula meminta belas ihsan baginda, semua haiwan dibawa naik berpasangan  dan juga tumbuhan......begitu lah sedikit cerita NAbi Nuh.a,s. selepas banjir mulai surut  maka bertebaran makhluk hidup di muka bumi untuk membina peradaban yang baru setelah dibinasakan oleh banjir besar sebelum itu...
.
Maaf atas kekurangan dalam penceritaan diatas yang buruk dari diri saya yang baik dari Allah jua....... 


kisah bahtera Nabi Nuh a.s bukan sahaja menjadi milik orang islam sahaja, malahan turut di kongsi oleh seluruh masyarakat dunia, umumnya pengganut  daripada agama islam, kristian dan yahudi. Pelbagai persoalan bermain di benak fikiran pengkaji sejarah mengenai kesahihan kewujudan BahteraAgung ini. namun begitu, wajib lah kita sebagai umat islam percaya  kewujudannya sesuai dengan firman Allah s.w.t

""Hingga apabila perintah Kami datang dan tanah telah memancarkan air, Kami berfirman: 'Muatkanlah ke dalam bahtera itu dari masing- masing binatang sepasang (jantan dan betina), dan keluargamu kecuali orang yang terdahulu ketetapan terhadapnya dan (muatkanlah pula) orang-orang yang beriman.' Dan tidak beriman bersama Nuh itu kecuali sedikit. " (QS. Hud: 40)

percubaan mencari sisa bahtera Nabi Nuh masih giat dijalankan oleh pengkaji sejarah dan kini pendapat paling kuat mengatakan tempat berlabuhnya bahtera itu selepas banjir besar adalah di pergunungan Ararat, Turki. Namun kebenaranya belum terbukti, Maha Suci Allah melindungi apa yang dikehendaki oleh Nya. wallahu a'lam.


Kenali Spesis Melayu Alaf Baru!!!

Malaysia negara yang berbilang bangsa. Ada Melayu, Cina, India dan lain-lain. Jika di ambil kira puak-puak kecil dalam kaum Melayu, memang berlambak la. Kami bukan cakap pasal kaum Kelantan, atau kaum Negeri Sembilan, tapi puak-puak kecil yang tiba-tiba wujud dalam Melayu itu sendiri sebab peredaran zaman. Kita mulakan dengan yang paling common dulu�

1. Meleis
Apa itu �Meleis�? Yang suka baca blog mesti pernah ternampak. Yang tak pernah dengar perkataan �Meleis� ini pun, sebenarnya korang dah tau maksud dia. Semua orang tau. Dulu-dulu, orang gunakan label �kampung�.
Tapi mengikut bancian yang telah dibuat, kita telah dapat mengenal pasti yang pendapat ini tidak tepat. Golongan �Melayu Kampung� ini sudah pun ramai bermastautin di kawasan-kawasan urban dan sub-urban. Penulis blog TehTarik Gelas Besar melabelkan golongan ini �Melayu Pasca DEB�. Secara ringkas fenomena Melayu Pasca DEB bermula bila Tun Razak meluluskan DEB yang membawa kepada penghijrahan puluhan ribu anak-anak muda kampung ke bandar Kuala Lumpur.
(DEB ialah Dasar Ekonomi Baru, sila buka buku sejarah sekolah menengah korang)

Definisi Meleis dalam KamusDialek juga sama, iaitu:
Melayu pasca Dasar Ekonomi Baru(DEB) yang urban konservatif, yang mempunyai ciri-ciri tipikal yang berbeza dengan orang urban

Pendek kata, kedua-dua golongan �Melayu Kampung� dan �Melayu Pasca DEB� ini kita boleh kategorikan sebagai �Meleis�
Mengikut bancian yang telah dibuat juga kita dapat tahu majority daripada orang Melayu adalah golongan Meleis. (ambil majority mudah je >50%, bukan 2/3)

Asal usul:
Ramai yang mengatakan perkataan Meleis ini muncul pertama kalinya di laman blog En. Obefiend. Beliau juga dengan rajinnya telah membuat definisi Meleis di laman web UrbanDictionary.

...................................................................................................................................................................
Streotaip golongan ini adalah mereka ni kurang ilmu dan tidak begitu bijak. Ya, secara am, Meleis ialah Melayu (sebab majoriti kan). Tidak boleh menonton wayang omputih tanpa subtitle. Tidak boleh makan di restoran orang bukan melayu. Seks masih tabu, hanyalah cara untuk menyambung zuriat. Golongan ini mudah dikesan kerana sifat diorang yang mudah sentap dan tabiat mereka yang suka meninggalkan komen-komen kurang bernas di laman-laman blog.

...................................................................................................................................................................
Meleis bukanlah fenomena baru, ia telah dapat dikesan oleh British sejak mereka mula menjajah Tanah Melayu lagi. Selain daripada �Melayu Kampung� dan �Melayu Pasca DEB� ada beberapa golongan lagi yang boleh kita katakkan sub-kategori kepada �Meleis�: �Bohsia�/�Cia� � gadis Melayu yang akan memberi seks percuma setelah dibelanja McDonalds dan dibawa berjalan-jalan atas motor. �Mat Rempit� � pemuda Melayu yang banyak menghabiskan masa di atas motor mereka. Mereka inilah raja sebenar di Malaysia, bukan waris/keturunan Kesultanan Melayu Melaka. Objektif hidup mereka cuma satu; menang race motor untuk mendapat habuan Bohsia. �Rempit� � kebanyakannya anak muda Melayu yang menggunakan Bahasa Rempit yang banyak menekankan penggunaan perkataan seperti: cayang, sayew, itteww, ako, aq, kitew, jew, kew, dan banyak lagi. (tak sama dengan Mat Rempit, jangan silap)

...................................................................................................................................................................
@darknakalz - pernah menjadi ikon bahasa rempit di Malaysia suatu ketika

Golongan Meleis ni terperangkap di tengah-tengah. Diorang tak cukup berkuasa untuk menjadi seorang Supermelayu, tak cukup moden untuk menjadi seorang Melayu Liberal, tak cukup ilmu agama untuk menjadi Serbanistas dan tak cukup cool untuk menjadi seorang Hijabster.


2. Supermelayu
Golongan ini mempertahankan konsep Ketuanan Melayu. �Malay Superiority�. Tiada apa yang lebih tinggi daripada Melayu. Kenapa begitu taksub? Sebab diorang ni la golongan khas yang terpilih untuk menikmati hak istimewa bumiputra. Ketika diorang melaungkan hak-hak untuk bumiputra, sebenarnya mereka maksudkan hak-hak untuk Supermelayu, yakni diorang sendiri. Selain Mat Rempit, diorang lah raja-raja di tanah Melayu ini.

Tak seperti Meleis yang terkontang kanting. Supermelayu ada protokol. Ada tata-tertib nya. Diorang ni lebih mementingkan adat Melayu daripada ajaran Islam. Contoh: buat seks sebelum kahwin tak apa, asalkan perkahwinan nanti sempurna semuanya dengan merisik, bertunang 7 dulang hantaran, nikah 9 dulang hantaran dan bersanding atas pelamin buat kenduri ajak ribu riban orang datang. Senang nak detect diorang ni dalam majlis-majlis formal di mana diorang akan datang berpakaian baju batik atau baju melayu lengkap dengan songkok tinggi. Kalau baju melayu kuning, maknanya Supermelayu tahap tinggi la tu.

Keris menjadi simbol kebanggan mereka. Kata-kata Hang Tuah, �Takkan Melayu hilang di dunia� menjadi pegangan hidup mereka. Mereka ini lang yang pertama sekali sentap apabila tempoh hari, ada seorang professor cina mengatakan yang Hang Tuah itu tak wujud.

................................................................................................................................................................... 
diorang cukup pantang kalau ada orang buat berita mcm ni


Mempunyai kelebihan fizikal yang membuatkan mereka lebih hebat daripada melayu-melayu yang lain � lidah yang bercabang. Pemimpin golongan Meleis.

Nota: Orang melayu yang tidak pernah merasa hak bumiputra (dan tak akan merasa), tapi masih belum berhenti mengharap, mereka ini cuma Supermeleis.

3. Melayu Liberal
Mempunyai paras rupa melayu, kulit melayu, boleh bercakap melayu (walaupun jarang cakap), tapi diorang tak suka jika mereka dilabel Melayu. Tak kamceng dengan Meleis (kolot) atau Supermelayu (rasis). Cara hidup mereka ditiru daripada budaya-budaya lain. Mereka mengaku Islam, walaupun agak ramai yang sudah tidak mengamalkannya. Ada term untuk itu � �non practicing muslim�. Tapi jangan sesekali panggil diorang murtad, nanti kau dituduh fitnah! Kad pengenalan diorang masih tertera agama Islam.

Diorang ni perlu mengikut peredaran zaman. Hidup kena sentiasa moden. Cakap dalam bahasa Melayu mana moden. Diorang ini percaya Melayu itu sendiri simbol kemunduran. Sebab tu diorang suka cakap macam mat salleh. Jika kemajuan tak dapat dicapai disebabkan restriction agama, maka agama itu sendiri adalah batu penghalang.

Siapa dalam kumpulan ni? Bekas student tajaan kerajaan yang belajar di oversea, lepas tu taknak balik-balik. Awek melayu yang mempunyai boyfriend mat salleh. Ahli muzik yang tak puas hati bila orang mengatakan yang alat muzik bertali itu haram. Artis yang merasakan mendedah aurat adalah hak mereka. Melayu yang sokong gay dan lesbian. Melayu yang ada tattoo. Mengikut bancian, penempatan mereka ini padat di kawasan urban.

Tak suka adat melayu yang diorang rasa so yesterday. Pentingkan kebebasan dalam semua benda. Tak takut dosa. Langsung tak kisah jika hak bumiputra dilupuskan. Disebabkan cara hidup diorang yang sosial, diorang ni la paling dibenci oleh kaum-kaum Melayu yang lain.

Meleis tak boleh ngam dengan diorang. Meleis agak benci diorang ni. Supermelayu pulak cari awek-awek Melayu Liberal, buat stock main dan tinggal.

4. Serbanistas
Diorang ni opposite kepada Melayu Liberal. Definisi �Serbanistas� yang diambil daripada lamanKamusDialek ialah: Golongan yang holier-than-thou, yang sering membawa agama walaupun di ruang yang tidak sepatutnya. Mereka yang suka berperang di laman web dengan mereka yang tidak sehaluan dengan mereka dengan hujah-hujah agama. Serbanistas mula memenuhi laman sosial Facebook dan terus mengkritik Yahudi walaupun Facebook dicipta oleh seorang Yahudi atheist yang bernama Mark Zuckerberg.

.................................................................................................................................................................
Diorang ni taksub dengan agama. Tapi melalui cakap-cakap orang saja. Takda pulak diorang usaha nak pergi kelas agama betul-betul. Bencikan Yahudi tapi tak sedar mereka sendiri berperangai macam Zionis � diorang je betul, orang lain semua salah. Diorang juga tak dapat bezakan Yahudi dengan Zionis.

Sering di salah anggap sebagai Meleis. Tidak. Meleis hidup tanpa tujuan, Serbanistas tahu tujuan sebenar diorang hidup di muka bumi ini. Objektif hidup diorang ialah berjihad dan berdakwah. Perang syahid diorang biasanya tertumpu di laman Facebook. Jika Amerika Syarikat melantik diri mereka sebagai polis dunia, golongan Serbanistas melantik diri mereka menjadi polis agama di Facebook. Ya, dari mata seorang Serbanista, semua orang lain tak pandai agama. Kalau dibiarkan saja, runtuh akhlak melayu di negara ni. Ini adalah tugas Serbanistas.
Kebanyakan Meleis meny
anjung golongan Serbanistas ini. Golongan Melayu Liberal pula ada perang mereka sendiri dengan golongan Serbanistas. Golongan Supermelayu tetap rasa diorang lebih superior, jadi diorang tak ambil pot, kecuali jika Serbanistas mula mengacau lubang duit Supermelayu.

Baik-baik bila buat posting kat Facebook. Kalau ada kaum Meleis yang report kat Serbanistas, nescaya korang akan dimurtadkan begitu saja. Bila berdepan dengan Serbanistas perlu berhati-hati�.If you�re not with them, you are their enemy.

Sila jangan confusekan Serbanistas dengan ustaz atau guru agama. Ustaz dan guru agama adalah pekerjaan, perlu ada tauliah dan kelayakan. Serbanistas ialah subculture, cuma perlu ada ego dan kepercayaan.

Mengikut kata penulis TehTarik Gelas Besar, budaya serbanistas bermula dengan Dasar Ekonomi Baru juga, bila anak-anak muda Melayu dihantar belajar di Universiti Al-Azhar.

5. Hijabsters
Jika Melayu Liberal ialah warna hitam dan Serbanistas ialah warna putih. Hijabsters boleh kita katakan sebagai warna kelabu. Definisi mudah seorang Hijabster ialah seorang fashionista bertudung. Diorang ni memang bagus sebab memang tutup aurat semua (walaupun baju tu agak ketat, menampakkan bentuk badan kira tak tutup aurat jugak dik).

Diorang tak pakai tudung. Kau berani cakap diorang pakai tudung, memang kau akan dicop sebagai Meleis. Diorang pakai �hijab�. Tapi untuk context artikel ini, biar kami labelkan semuanya tudung (sebab ini blog kami, suka hati kami la).

Diorang ni sebenarnya memang bijak. Diorang nak jadi fashionable tapi taknak dapat dosa. Memandangkan apa saja yang fashionable itu semuanya datang dari barat. Dedah sana dedah sini, diorang ini tak boleh ikut. Tunjuk rambut tu dosa. Tayang cleavage, betis paha itu dosa.

Loophole dikesan dengan menggunakan tudung itu sendiri sebagai aksesori fashion. Perempuan pakai tudung untuk fashion. Untuk ditayang pada orang betapa fashionable nye diorang ni. Memang lawa. Kalau Barney Stinson orang alim, mungkin dia sokong Hijabsters. Sebab kebanyakan awek-awek Hijabsters ni cun la yang merunsingkan kami. Risau generasi aweks selepas ni dah tak berminat nak pakai seksi.

Hijabster ni macam seorang awek hipster yang memakai tudung. Untuk mengelakkan daripada dilabel �awek tudung� yang sinonim dengan industry 3gp di negara kita, diorang kena la mencari identiti sendiri. Diorang cakap pun tak macam orang biasa. Contohnya:

Meleis cakap: �buka puasa ngan kengkawan kat Subway �
Hijabsters cakap: �Iftar with the girls at Subway, yummies� Alhamdulellah, one day of fasting completed�


(Alhamdulillah itu bukan typo, sila baca link yang kami bagi)

...................................................................................................................................................................

Hijabsters tahu apa nama benda ni

Ikon untuk Hijabsters ialah Hana Tajima (cun) dan Yuna (hmm) dan The Scarflets (-___-). Melayu Liberal tak suka golongan ini. Serbanistas tak habis-habis nasihat suruh diorang pakai baju longgar sikit, dosa tu. Awek Meleis nak jadi macam diorang ni. Jantan Meleis tak dapat mengorat diorang ni. Supermelayu nak ambik diorang ni jadi bini.

Jika Brooklyn Decker posing macam ni...

...................................................................................................................................................................

Hijabsters pun boleh...

..................................................................................................................................................................

Hana Tajima (eh, dia bukan Melayu)


Ini pulak gambar The Scarflets...



...................................................................................................................................................................

macam salah eja je tu

Itu sajalah...5 puak-puak kecil dalam Kaum Melayu, mungkin ada lagi, letih laa nak tulis. Kalau tak setuju, kami tak peduli. Tak payah la butthurt, buat letih je.



P/S:  artikel ni semata-mata di copy paste dari sumber di atas bukan karya saya..he lau dah bace sila2 lah komen,...lau boleh komen kat kat fb ea...kat tempat link ni di postkan td.. same2 kite tgk ape pendapat kawan2 sume....tq.