Selasa, 12 Mac 2013

TIps Cinta daripada Stephen Covey


Stephen Covey yang merupakan seorang penulis buku 

bestseller �7 Tabiat Orang Yang Berkesan�.



Sesuatu yang berlaku pada kita bukan berlaku begitu sahaja. 
Ianya adalah hasil tindakan kita jua. Sama ada kita sedar atau tidak, 
ianya tercipta dan direncanakan oleh kita. Kita yang membuat 
pilihan tersebut. Kebahagian, kemenangan, kegagalan dan semuanya 
yang berlaku ditentukan oleh kita. Kita yang memilihnya. 



Setiap detik yang berlaku, kita dihidangkan dengan pelbagai pilihan. 
Kita boleh memilih A atau B. Menjadi ianya ringkas, sebenarnya 
kita berpeluang untuk memperolehi perkara positif yang diimpikan. 
Tidak kisahlah sama ada ianya berbentuk wang, kebahagain atau apa sahaja.



Stephen Covey menyatakan bahawa tabiat pertama orang yang berjaya 
adalah mereka merupakan seorang yang proaktif. Mereka bertanggungjawab 
mengenai hal kehidupan yang berlaku. Hal ini bermakna jika mereka gagal, 
kejadian ini disebabkan pilihan yang dibuat pada masa lalu. 
Begitu juga jika mereka berjaya, perkara ini adalah disebabkan 
pilihan positif yang dipilih ketika dahulu. Perkara yang sama juga 
berlaku dalam soal cinta dan kebahagian. Ramai menyatakan bahawa 
keluarga mereka kurang bahagia, Sebenarnya, mereka boleh mengubah 
semua itu. Contohnya seperti mengadakan perbincangan terbuka, 
cuba memahami pasangan dan lain-lain.



Setiap orang bertanggungjawab terhadap perhubungan mereka. 
Ambillah pilihan yang positif dalam menghasilkan hubungan yang diidamkan.

"Cintailah seseorang yang tidak sempurna dengan cara yang sempurna"

banyak lagi dalam Personaliti cinta

Tiada ulasan:

Catat Ulasan