Tahukah anda, seseorang ibubapa perlu mengajar anak anda untuk berdikari sejak kecil lagi. Basuh pinggan selepas makan, mengemas bilik, membersihkan kawasan rumah adalah antara aktiviti yang akan mendewasakan diri anak-anak anda. Berikan mereka tanggungjawab yang mampu mereka tanggung.
Tahukah anda sikap ibubapa yang terlalu manjakan anak akan memusnahkan minda anak-anak anda. Mereka akan mula mengambil sesuatu perkara dengan mudah dan sikap ini akan terbawa-bawa sehingga mereka dewasa di mana mereka mungkin perlu memegang tanggungjawab yang berat kelak.
>>> Banyak lagi di sini<<<
Tahukah anda, sejak kecil ibubapa perlu sentiasa galakkan anak-anak untuk berdikari dan berkerja. Jika kedua-dua suami dan isteri bekerja, anda boleh agihkan tugasan rumah tangga kepada anak-anak anda. Contohnya anak pertama membersihkan dapur dan menyapu rumah, anak kedua membasuh baju dan anak ketiga menyiram pokok bunga.
Tahukah anda, tindakan ini akan memberi satu tanggapan kepada anak-anak bahawa ini adalah salah satu proses untuk hidup. Mereka akan terbawa-bawa tanggungjawab ini ke tahap lebih tinggi. Sebenarnya anak-anak akan rasa lebih di hargai jika ibubapa memberi tanggungjawab kepada mereka. Mereka rasa anda memerlukan mereka.
Tambahan lagi jika anda membawa anak anda berjalan-jalan pada hujung minggu sebagai hadiah atas kerjasama mereka meringankan beban anda.
>>> Banyak lagi di sini<<<
Tahukah anda, ibubapa perlu sentiasa memberi sokongan dalam apa sahaja yang anak anda lakukan. Ramai ibu bapa memaksa anak mereka pergi tuisyen sedangkan anak mereka tak nak. Anda perlu sedar bahawa anak anda juga manusia.
Tanya anak anda dengan jelas apa keinginan dia dalam pelajaran. Jika dia ingin mendapat keputusan cemerlang, beritahu dia tuisyen akan membantu dia untuk mendapat keputusan tersebut. Dengan ini, anak anda akan rasa lebih bertanggungjawab dalam menelaah pelajaran.
Tahukah anda, keyakinan diri dan optimistik akan terbentuk dalam jiwa anak-anak anda apabila anda menggalakkan mereka untuk berdikari dala urusan peribadi mereka. Jika anak anda terpilih sebagai ketua di sekolah, anda sokong dan sentiasa menjadi penasihat kepada anak anda.
>>> Banyak lagi di sini<<<
Setkan dalam minda anda untuk mendidik anak anda untuk berdikari.
PROMOSI ISTIMEWA!!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan