Ahad, 31 Mac 2013

Harith Iskandar : Golongan Looser dalam Facebook



Siapa dah tonton lawak ker der 2??? Angkat tangan macam saya... Kepada yang belum menonton tu sila-silalah nontonnya dulu ye.. tak rugi wa cakap lu..memang terangkat.. Lagi best kot dari Lawak ke der 1.. Agaknya lah.. 

So kali ini aku mahu cerita sikitlah mengenai lawak ke der yang bahagian Harith Iskandar punyer, bukan jozan atau boboi yang punyer!!!  Bagi aku lawak yang dibawa oleh Harith Iskandar  ada kelas yang tersendiri  walaupun lawaknya lebih sinis atau membawa komplementari sindiran.  Yang aku nak story mory kali ini bab joke golongan LOOSER dalam Facebook. Siapa yang terkena  jangan marah ea..  


Babak-babak dalam Lawak Ke Der 2


1. Golongan yang suka Upload Photo!! 
2. Tukang komen gambar merapu.
3. Juara Poke

Sebab apa upload photo pun dikira looser???  Sebabnya korang upload foto yang merapu contohnya  gambar Teh Ais..Persoalannya, tukang upload ni tiada kerja lain ke???  tepuk dada tanya diri neh..

Yang bestnya, apabila korang upload foto tu, serta merta Pihak Facebook akan memberitahu (notification la..) kepada semua rakan-rakan si pemunyer akaun facebook tersebut. Contohnya, U have a notification    "Azman was upload a new Photo". Jeng..jeng..jeng..! 

Lagi tak boleh blah kalau kawan-kawan yang menggunakan Smartphone or Blackbery , notification tersebut akan sampai ke Phone diorang tak kiralah tengah meeting ke, kerja ke, or buang air sekalipun.. 

Dah jadi tabiat pengguna facebook Malaysia ni, kalau ada jek notification ni mesti nak tengok punya, Cam la penting sangat kan??  Lau dalam meeting tu sanggup minta excuse berhentikan meeting tu untuk tengok foto yang baru diupload, alasannya, kena tengok sebab kawan dia, baru upload photo..tak tengok tak boleh..he

Bila dah tengok gambar tu mulalah golongan LOOSER kedua tu muncul iaitu golongan tukang komen. Cuba bayangkan, gambar teh ais je pun tapi komen sampai 58!!!! tak gila pulak... contoh-contoh komen, "bestnye..", "Boleh belanja tak" dan lain-lain. Teh ais je pun.. RM1.20 xkan tu pun nak suruh belanja, bayar sendiri la.. kata Harith Iskandar.

Golongan LOOSER yang ke-3 ialah juara Poke!! siapa tahu fungsi Poke??? menurut apa yang aku baca Poke ni fungsinya ialah untuk menyapa sesorang sebelum Add sebagai kawan..

Tapi jika anda Poke, tanpa sebab musabab yang munasabah maka sekali anda poke anda akan saling mengepoke untuk bertahun lamanya...Biasalah kan, Azman poke aku, aku pun poke la balik,.. Pas tu azman pun poke lagi, da azman poke aku takkan aku nak biar je, so aku pun poke la semula... Apa kesudahanya????? nothing!! So pesanan dari Harith Iskandar  after 3 years  diorang berpoking " Please Stop to poking me!"




PROMOSI ISTIMEWA!!!! 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan