Rabu, 6 Mac 2013

3 Sifat Wanita Yang Dibenci Lelaki



Tahukah anda apakah sifat-sifat wanita yang kurang digemari oleh golongan lelaki? Mungkin selama ini kita kurang menyedari akan perkara-perkara yang kurang disenangi oleh mereka, tapi tak mengapa hari ini kita kaji dan renungkan bersama ya.

3 Sifat Wanita Yang Dibenci Lelaki

1) Cemburu

Hmm, bukankah cemburu itu tanda sayang kepada pasangan? Kalau tak cemburu langsung dikatakan tak ada perasaan pula. Tidak salah kalau ada sedikit perasaan cemburu namun ia haruslah berpada-pada. Cemburu berlebihan akan membuatkan lelaki berasa rimas kerana sedikit sebanyak menunjukkan bahawa anda tidak yakin terhadap kejujurannya. Jujur dan saling bertolak ansur itu merupakan elemen penting dalam sesebuah perhubungan !

2) Materialistik
Wanita dikatakan suka kepada lelaki kerana wang, lelaki pula dikatakan suka kepada wanita kerana seks? Benarkah? Tepuk dada, tanya selera. Banyak sebab mengapa wanita dikatakan suka kepada lelaki kerana wang. Pada wanita mereka mungkin inginkan pasangan yang stabil dari segi kewangan demi masa depan mereka. Wang tidak menjamin kebahagiaan 100 peratus namun tanpa wang, cinta boleh berantakan. Sebagai wanita moden masa kini, berdikari itu lebih nikmatnya daripada mengharapkan pasangan anda sahaja.

 

3) Suka mengongkong

Seperti wanita, lelaki juga perlukan masa untuk diri mereka sendiri, keluarga serta rakan-rakannya. Wanita yang suka berkepit 24 jam dengan pasangannya kadangkala merimaskan mereka. Tidak salah untuk mengetahui aktiviti pasangan anda namun sikap anda yang terlalu �mengambil berat� bakal memakan diri sendiri.

Ha, anda sudah tahu apa yang dibenci oleh kaum lelaki bukan? Jadi, apa tunggu lagi, kikis semua sifat anda yang negatif itu. Kemudian, serlahkan aura positif anda kepadanya supaya si dia terpikat. Bagaimana caranya?

Untuk mengetahui ciri-ciri wanita yang disukai lelaki, anda boleh mendapatkan maklumat lanjut melalui ebook Rahsia Hati ini. Pasti selepas ini, si dia terpegun dengan keperibadian anda yang menawan hati dan perasaannya!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan