Ahad, 31 Mac 2013

Harith Iskandar : Golongan Looser dalam Facebook



Siapa dah tonton lawak ker der 2??? Angkat tangan macam saya... Kepada yang belum menonton tu sila-silalah nontonnya dulu ye.. tak rugi wa cakap lu..memang terangkat.. Lagi best kot dari Lawak ke der 1.. Agaknya lah.. 

So kali ini aku mahu cerita sikitlah mengenai lawak ke der yang bahagian Harith Iskandar punyer, bukan jozan atau boboi yang punyer!!!  Bagi aku lawak yang dibawa oleh Harith Iskandar  ada kelas yang tersendiri  walaupun lawaknya lebih sinis atau membawa komplementari sindiran.  Yang aku nak story mory kali ini bab joke golongan LOOSER dalam Facebook. Siapa yang terkena  jangan marah ea..  


Babak-babak dalam Lawak Ke Der 2


1. Golongan yang suka Upload Photo!! 
2. Tukang komen gambar merapu.
3. Juara Poke

Sebab apa upload photo pun dikira looser???  Sebabnya korang upload foto yang merapu contohnya  gambar Teh Ais..Persoalannya, tukang upload ni tiada kerja lain ke???  tepuk dada tanya diri neh..

Yang bestnya, apabila korang upload foto tu, serta merta Pihak Facebook akan memberitahu (notification la..) kepada semua rakan-rakan si pemunyer akaun facebook tersebut. Contohnya, U have a notification    "Azman was upload a new Photo". Jeng..jeng..jeng..! 

Lagi tak boleh blah kalau kawan-kawan yang menggunakan Smartphone or Blackbery , notification tersebut akan sampai ke Phone diorang tak kiralah tengah meeting ke, kerja ke, or buang air sekalipun.. 

Dah jadi tabiat pengguna facebook Malaysia ni, kalau ada jek notification ni mesti nak tengok punya, Cam la penting sangat kan??  Lau dalam meeting tu sanggup minta excuse berhentikan meeting tu untuk tengok foto yang baru diupload, alasannya, kena tengok sebab kawan dia, baru upload photo..tak tengok tak boleh..he

Bila dah tengok gambar tu mulalah golongan LOOSER kedua tu muncul iaitu golongan tukang komen. Cuba bayangkan, gambar teh ais je pun tapi komen sampai 58!!!! tak gila pulak... contoh-contoh komen, "bestnye..", "Boleh belanja tak" dan lain-lain. Teh ais je pun.. RM1.20 xkan tu pun nak suruh belanja, bayar sendiri la.. kata Harith Iskandar.

Golongan LOOSER yang ke-3 ialah juara Poke!! siapa tahu fungsi Poke??? menurut apa yang aku baca Poke ni fungsinya ialah untuk menyapa sesorang sebelum Add sebagai kawan..

Tapi jika anda Poke, tanpa sebab musabab yang munasabah maka sekali anda poke anda akan saling mengepoke untuk bertahun lamanya...Biasalah kan, Azman poke aku, aku pun poke la balik,.. Pas tu azman pun poke lagi, da azman poke aku takkan aku nak biar je, so aku pun poke la semula... Apa kesudahanya????? nothing!! So pesanan dari Harith Iskandar  after 3 years  diorang berpoking " Please Stop to poking me!"




PROMOSI ISTIMEWA!!!! 



Khamis, 28 Mac 2013

Panduan Mencari kekayaan dalam Al-Quran


Berikut ini diberikan beberapa panduan dan dalil dari Al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w. dalam mencari rezeki dan mendapatkan keberkatan dan kekayaan. Dekatkan diri anda dengan Islam kerana Allah akan memberi beberapa kelebihan baik di dunia mahupun di Akhirat.

Allah Memberi Kekayaan Jika Takut Kepada Neraka
==========================================================
Allah s.w.t. berfirman dalam sebuah hadis qudsi: �Wahai manusia, sekiranya engkau takut kepada neraka sebagaimana engkau takut kepada kemiskinan, nescaya Aku akan memberi kekayaan 
kepadamu daripada jalan yang tidak dapat engkau jangkakan.� Hadis Qudsi, Imam al-Ghazali, Nasihat dan Bimbingan. Tahqiq: Dr. Abdul Hamid Salil Hamdan.

Allah Memberi Kekayaan Jika Seseorang  Memohon PadaNya.
==========================================================
Dari Ibnu Mas�ud r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang mafhumnya: �Sesiapa yang jatuh miskin, kemudian dia minta bantuan kepada orang lain, pasti orang itu tidak dapat menghilangkan kemiskinannya. Tetapi, jika dia menujukan permohonannya hanya kepada Allah, pasti Allah akan mencukupinya dengan usia yang singkat atau dengan memberinya kekayaan segera.� H.R. Abu Daud

Orang yang Mencari Harta Dunia Secara Halal
===========================================================
Sesungguhnya Allah s.w.t. amat kasih kepada orang yang berusaha atau bekerja mencari rezeki dengan titik peluh sendiri. Dengan cara ini seseorang itu dapat memenuhi keperluan dan tanggungjawabnya terhadap diri, keluarga dan masyarakat. Malah kedudukannya adalah lebih baik daripada bersikap pemalas dan meminta-minta daripada orang lain. Rezeki yang diambil daripada punca yang haram seperti rasuah dan sebagainya, lambat laun akan menimbulkan kecelakaan dan masalah dalam hidup bukan sahaja di dunia malah di akhirat juga.

Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya:�Mereka yang mencari harta dunia (kekayaan) dengan jalan yang halal dan menahan dirinya dari meminta-minta (tidak menjadi pengemis) 

dan berusaha mencari nafkah untuk keluarganya serta belas kasihan, kasih sayang terhadap jiran tetangganya, nescaya di hari kiamat kelak ia akan berjumpa dengan Allah dengan mukanya berseri-seri seperti bulan purnama pada waktu malam.� H.R. At-Tabrani

Curahkan Waktu Untuk Beribadat Kepada Allah
=====================================================
Allah s.w.t. berfirman dalam sebuah hadis qudsi: �Wahai manusia, curahkanlah waktumu untuk beribadat kepada-Ku, akan Kupenuhi hatimu dengan kekayaan, Aku beri keberkatan pada 

rezekimu dan Aku semayamkan rasa tenteram dalam dirimu. Jangan lalai daripada mengingat-Ku; jika engkau leka dan lalai, maka Aku akan penuhi hatimu dengan kefakiran, jasadmu sentiasa merasa letih dan penat dan dadamu berdukacita.� Hadis Qudsi, Imam al-Ghazali, Nasihat dan Bimbingan. Tahqiq: Dr. Abdul Hamid Salil Hamdan.
Allah Pasti Memberi Rezeki dan Kekayaan yang Melimpah Ruah. Firman Allah �Jika mereka itu tetap berada di atas jalan Allah, pasti Allah akan memberikan kepada mereka itu rezeki dan 
kekayaan yang melimpah ruah.� Surah Jin: 16

Bersifat Qanaahlah (Mencukupi), Engkau Akan Kaya
=========================================================
Allah s.w.t. berfirman dalam sebuah hadis qudsi: �Wahai sekalian manusia, bersifat qanaahlah, engkau akan kaya. Jauhilah sifat hasad supaya engkau merasa tenteram dan jauhilah 
perbuatan haram supaya agamamu menjadi bersih.� Hadis Qudsi, Imam al-Ghazali, Nasihat dan Bimbingan. Tahqiq: Dr. Abdul Hamid Salil Hamdan.

Pemberian Allah Kepada Kita Adalah Menurut Sebanyak Mana yang Kita Beri Kepada Orang Miskin
==========================================================
Allah s.w.t. berfirman dalam sebuah hadis qudsi: �Wahai manusia, perbendaharaan-Ku tidak akan habis selama-lamanya. Sebanyak mana engkau memberi, sebanyak itulah yang Ku-beri untukmu; 
sejauh mana engkau tahan, sejauh itulah pula yang Ku-tahan daripadamu.  Kekikiranmu memberi bantuan kepada orang-orang miskin daripada harta yang Ku-Kurniakan kepadamu, adalah kerana engkau berburuk sangka terhadap-Ku dan kerana engkau takut menjadi miskin atau kerana engkau tidak percaya kepada-Ku.��Kerana, sesungguhnya Ku-jadikan engkau sejak semula mempunyai keinginan yang besar akan harta. Kerana itulah Aku telah memberimu harta. Sekarang, patutlah engkau tidak kikir dan bakhil membagikan hartamu itu kepada hamba-hamba-Ku; Aku telah pun menjamin gantinya, dan menjanjikan balasannya.� Hadis Qudsi, Imam al-Ghazali, Nasihat dan Bimbingan. Tahqiq: Dr. Abdul Hamid Salil Hamdan
Redha Dengan Apa yang Ditetapkan Allah
=====================================================
Allah s.w.t. berfirman dalam sebuah hadis qudsi: �Sesiapa yang redo akan bahagian yang telah Ku-tetapkan baginya, maka aku beri keberkatan pada harta dan rezekinya; dunialah yang 
datang mengerjakannya, meski pun ia tidak menghendakinya.� Hadis Qudsi, Imam al-Ghazali, Nasihat dan Bimbingan. Tahqiq: Dr. Abdul Hamid Salil Hamdan

Banyak lagi dalam: Frekuensi Kaya

RM 20.00

PROMOSI ISTIMEWA!!!! 


Rabu, 27 Mac 2013

4 tips untuk mendapat cinta dari seorang lelaki.


kongsikan 4 tips untuk mendapat cinta dari seorang lelaki.
-----------------------------------
Pertama : Berhenti jual mahal.
-----------------------------------
Untuk membuatkan lelaki yang anda sayang terpikat dengan anda, anda perlu berhenti jual mahal dan beri dia ruang untuk hampiri anda. Lelaki selalunya akan mula jauhi wanita yang selalu jual mahal. Ada juga yang tidak pernah putus asa tetapi dia akan mula jauhi anda apabila dia terjumpa wanita yang boleh menerima dia. Berikan dia peluang untuk buktikan cinta dia terhadap anda.

-----------------------------------
Kedua : Jangan terlalu berharap memiliki lelaki yang sempurna.
-----------------------------------
Lelaki yang sempurna tidak wujud tetapi anda boleh wujudkan lelaki sempurna untuk  diri anda. Anda boleh bantu lelaki yang anda suka untuk jadi lelaki sempurna buat diri anda. Dari sini, anda akan dapat cinta yang suci dari pasangan anda.
-----------------------------------
Ketiga : Sentiasa menjaga penampilan diri.
----------------------------------
Apabila anda jaga penampilan diri dari segi pakaian dan tutur kata, lelaki akan hormat pada diri anda. Seterusnya lelaki akan mula berminat untuk hampiri anda dan berikan anda cinta yang ikhlas. Jika anda bersihkan diri dan hati anda, anda pasti akan terima cinta yang suci dari seorang lelaki.

-----------------------------------
Keempat : Berikan peluang pada setiap lelaki yang ingin hampiri anda.
-----------------------------------
Apabila ada lelaki yang  ingin hampiri diri anda, berikan dia peluang untuk kenali diri anda. Saya pasti, akhirnya anda akan dapat menemui cinta sejati dari lelaki yang benar � benar ikhlas ingin menjaga dan mencintai diri anda.

RM 25.00\

PROMOSI ISTIMEWA!!!! 


3 cara Bilik kecil menjadi besar dengan Perabot dekorasi

Ingin tahu 3 cara mudah menjadikan ruang bilik kita menjadi besar kerana perabot dan aksesori dekorasi.
Saya kongsikan caranya iaitu:


  1. Teknik masuk, pilih dan buang
Maksudnya, jika anda membawa  barangan masuk ke dalam kediaman anda contohnya
membeli kelengkapan dapur yang baru . Pilih barangan dapur lama yang perlu dibuang atau didermakan. Supaya ruang dapur anda tidak menjadi stor kerana kesesakkan barang! Buy 1 out 1.


  1. Kurang itu lebih
Bilik yang kecil perlukan perabot atau barang hiasan yang minima. Kesilapan pemilik-pemilik rumah kediaman kecil, mereka gemar membeli barang yang kecil tetapi banyak. Ini menyebabkan bilik menjadi sempit dan kemalangan pasti akan berlaku.

  1. Cermin itu ilusi
Cermin merupakan satu cara mudah  kesukaan pemilik-pemilik kediaman untuk menjadikan
bilik atau ruang itu menjadi luas kerana pantulannya.
Belilah perabot dan aksesori dekorasi yang penting sahaja, ini kerana setiap inci ruang kediaman anda amat bernilai.

Nota: Jika anda tercari-cari idea dekorasi untuk kediaman kecil dan sempit. Ebook Panduan Dekorasi adalah jawapannya.  


       PROMOSI ISTIMEWA!!!! 


Galakkan anak untuk berdikari


Tahukah anda, seseorang ibubapa perlu mengajar anak anda untuk berdikari sejak kecil lagi. Basuh pinggan selepas makan, mengemas bilik, membersihkan kawasan rumah adalah antara aktiviti yang akan mendewasakan diri anak-anak anda. Berikan mereka tanggungjawab yang mampu mereka tanggung.

Tahukah anda sikap ibubapa yang  terlalu manjakan anak akan memusnahkan minda anak-anak anda. Mereka akan mula mengambil sesuatu perkara dengan mudah dan sikap ini akan terbawa-bawa sehingga mereka dewasa di mana mereka mungkin perlu memegang tanggungjawab yang berat kelak. 

>>> Banyak lagi di sini<<<

Tahukah anda, sejak kecil  ibubapa perlu sentiasa galakkan anak-anak  untuk berdikari dan berkerja. Jika kedua-dua suami dan isteri bekerja, anda boleh agihkan tugasan rumah tangga kepada anak-anak anda. Contohnya anak pertama membersihkan dapur dan menyapu rumah, anak kedua membasuh baju dan anak ketiga menyiram pokok bunga. 

Tahukah anda, tindakan ini akan memberi satu tanggapan kepada anak-anak bahawa ini adalah salah satu proses untuk hidup. Mereka akan terbawa-bawa tanggungjawab ini ke tahap lebih tinggi. Sebenarnya anak-anak akan rasa lebih di hargai jika ibubapa  memberi tanggungjawab kepada mereka. Mereka rasa anda memerlukan mereka. 
Tambahan lagi jika anda membawa anak anda berjalan-jalan pada hujung minggu sebagai hadiah atas kerjasama mereka meringankan beban anda.

>>> Banyak lagi di sini<<<

Tahukah anda, ibubapa perlu sentiasa memberi sokongan dalam apa sahaja yang anak anda lakukan.  Ramai ibu bapa memaksa anak mereka pergi tuisyen sedangkan anak mereka tak nak. Anda perlu sedar bahawa anak anda juga manusia. 

Tanya anak anda dengan jelas apa keinginan dia dalam pelajaran.  Jika dia ingin mendapat keputusan cemerlang, beritahu dia tuisyen akan membantu dia untuk mendapat keputusan tersebut. Dengan ini, anak anda akan rasa lebih bertanggungjawab dalam menelaah pelajaran.

Tahukah anda, keyakinan diri dan optimistik akan terbentuk dalam jiwa anak-anak  anda apabila anda menggalakkan mereka untuk berdikari dala urusan peribadi mereka. Jika anak anda terpilih sebagai ketua di sekolah, anda sokong dan sentiasa menjadi penasihat kepada anak anda. 

>>> Banyak lagi di sini<<<

Setkan dalam minda anda untuk mendidik anak anda untuk berdikari.

RM 30.00
PROMOSI ISTIMEWA!!!! 

Khamis, 21 Mac 2013

Menggapai Impian: Canon EOS 600D

Nikon - D3100, D5100, D3200
Canon - EOS 1100D, EOS 600D
Di atas ini antara Model yang menjadi pilihan aku bersesuaian dengan bajet aku yang ciput tu...
yuhhuuuu~~!!!!!!!!!! akhirnya DSLR yang aku beli ialah Canon EOS 600D.



Lumix punya cleaning kit pun aku mintak juga....



Menggapai Impian: Canon EOS 600D!!!


Harga: sebelum beli (RM1800) ni memang bajet aku la...
           Tapi.........lepas beli harganya jadi RM2260...hu terlebih sudah..hu  Sebab aku tambah lens Tamron 18-200mm + Lens Protector


Corat-Coret



Alhamdulillah, Setelah bertahun memasang impian melangit, akhirnya sejibik Dslr berjaya juga dibaham...  Lebih kurang dua minggu juga aku menngusyar kedai yang paling murah. Siang malam sampai tak tidur duk cari maklumat kamera terbaik sesuai dengan bajet aku yang ciput ni..


Dalam hidup aku ni benda paling susah sekali adalah mengeluarkan duit..hu  Almaklumlah, nak beli DSLR  mesti lah harganya Ribu-riban kan???  sampai berpeluh dahi kot... Tapi tidak mengapa asalkan niat dihati tercapai jua..

Sebenarnya aku langsung takde kemahiran fotografi pun, tapi minat nak ambil gambar cun melecun tu adelah... tapi "Aiman tak kisah" janji aku dah ada apa yang orang lain ramai idam-idamkan.

Ramai juga kawan-kawan yang bertanya sebab aku beli DSLR,  so aku pun jawab jelah tak tahu..he Bagi aku, tak penting kenapa aku kena memiliki DSLR tapi yang paling penting Kepuasan.. aku rasa puas memiliki apa yang aku nak walaupun sebenarnya aku ZERO langsung bab-bab foto memoto ni...

Akiu beli Encik Canon EOS 600D ni kat Perangin Mall orang penang tahu la kot.. Habis Semua kedai aku terjah. Tapi model yang sama tapi harganya mahal so aku beli jelah yang ni, kat  kedai brader tu...Tapi apa yang best brader ni kasi "Unlimited Warranty" kira macam "Available seumur hidup" gitu..ntah ye ntah tidak...hu Paling best mintak semua benda sabgai gift..he


Aku Jahat Sangat

Syarat dalam hidup aku " Kalau aku habes duit orang lain pun kena habis duit!!!"
Teknik yang aku gunakan untuk menghabeskan duit orang lain especially adalah melalui pujuk rayu..hak3 Padan muka member ku tu, sape suruh dia rajen sangat ikut aku.. Last-last Camera Mirelless menjadi santapan member aku tu. Model Olympuss..Walaupun dia tak de duit time tu, aku sanggup menjadi banker dengan menghadiahkan pinjaman sebanyak RM900, untuk mencapai niat licik aku.. so takla aku abes duit sorang-sorang kan...hak3!!!!!!

Bukan seorang sahabat aku yang menjadi mangsa permainan gelap aku ni tapi dua orang... Sahabat aku yang lagi sorang ni berjaya dihasut untuk membeli Camera compact Nikon berharga RM450.. Semangat gila aku terang kat dia kemera ni bagus la ape... padahal aku bukan tahu pun bab-bab kemera an.. Aku cakap kat dia, kemera tu best ade wifi, touch screen la bagai, and murah la ape... ha3. Seronok wooo jadi pemujuk rayu yang penting Happy!!!!

Dah dapat Encik Canon aku ni apa lagi...........aku terus jek buat pengembaraan fotografi malam tu juga!!!!!!
 kat bawah ni adalah hasil yang ntah pape aku ambik... AMARAN: Tengok boleh, kutuk jangan!!!!!

.................................................................................................................................................................

Hasil Pertama Budak Baru pegang Camera!!!!



teknik yang diajar oleh Sifu kami... Malangnya xberapa nak jadi..


teknik yang sama digunakan.

CUBAAN RAKAMAN TENGAH MALAM
..........................................................................


Cubaan mengaplikasi...hu Jambatan Pulau Pinang tidak berjaya diambil dengan baik.


yang ni pun sama....


masih mencuba....


Try ambil gambar bunga plak....


tukar mode tibe-tibe jadi camni plak..hu


main hentam jek......


.....................................

jom g makan dulu...


ermm...sedap nyer...


xmenyelerekan.....


Da...jom balik..!



P/s: ade sapa-sape boleh tolong aku belajar fotografi x????