Benar kata orang untuk berdakwah kepada bukan islam bukanlah senang macam makan kacang. Kalau tidak cukup ilmu silap-silap kita pulak yang didakwahkan. Itulah yang aku sendiri alami pada pagi isnin 21 januari 2013 bersamaan.
isu ini bermula apabila aku ingin mendapatkan pandangan daripada kawan saya ini yang bernama Robert (bukan nama sebenar) mengenai isu kalimah Allah dalam Bible. Pada mulanya aku menyangkakan yang Robert tidak setuju sama sekali untuk penggunaan kalimah Allah dalam Bible namun ternyata aku silap sama sekali kerana Robert juga tidak kisah dan ingin menggunakannya didalam Bible.
Antara isi penting yang saya dapat hasil berdiskusi dengan Robert:
1. Robert menganggap Kalimah Allah hanya sebagai Satu perkataan/istilah sahaja. Aku menegaskan bahawa umat islam tidak sahaja memandang Kalimah Allah sebagai satu perkataan tetapi lebih daripada itu, yang mana ia nya membabitkan soal akidah dan kepercayaan orang islam.
2. Konsep Triniti mengikut Kristian bukan bermaksud mereka mempunyai tiga Tuhan (Bapa, Anak(Jesus),Roh Kudus). Mengikut kata Robert, Tuhan hanya satu namun Tuhan boleh muncul dalam 3 bentuk.
3. Jesus mati untuk menanggung dosa manusia, kerana dia Tuhan, dia menyayangi pengikutnya . Atas rasa cinta tersebut dia perlu mati untuk menebus dosa mereka. Aku cuba mendapatkan penjelasan kenapa Tuhan perlu mati untuk untuk mengampunkan/menebus dosa sedangkan dia Tuhan, dia yang berkuasa dan dia yang sepatutnya dengan mudah boleh mengampunkan dosa sesiapa yang dikehendakinya.
4. Bukti Jesus ialah Tuhan, dia mati kemudian hidup kembali. aku menjelaskan bahawa Jesus/Isa A.S tidak pernah mati tetapi Baginda di angkat oleh Allah. Jika Baginda ialah Tuhan bagaimana Tuhan boleh mati, maka siapa yang menghidupkannya kembali, sudah tentu ada kuasa yang perlu menghidupkan sesuatu yang mati. Ini menolak yang Tuhan bersifat 3 dalam satu (Triniti).
5. Aku cuba mendapatkan penjelasan siapa yang membunuh Jesus, tidak kah Tuhan boleh dibunuh oleh dibunuh manusia yang Dia sendiri menciptakannya. Mustahil Tuhan begitu lemah sehingga boleh dibunuh. Jika Dia mengizinkan dirinya dibunuh sekalipun siapa yang mencabut nayawanya, adakah Tuhan mempunyai nyawa? jiak Tuhan ada nyawa, siapa pencipta nyawa tersebtu???
6. Aku juga menerangkan yang mana Nabi Isa/ Jesus dalam islam dianggap sebagai Rasul, iaitu orang lelaki pilihan Allah untuk menunjukkan manusia kepada jalan yang benar bagi menyembah Tuhan yang Esa. Islam tidak pernah membenci atau anti kepada Isa/ Jesus, sebaliknya islam wajib beriman dengannya serta kitabnya juga (injil) bukan Bible. Aku menerangkan Bible New Tastesment dan Old Testement bukan lagi dalam bentuk asli seperti kitab Injil yang dibawa oleh Nabi Isa A.S.
7. Aku menyatakan bahawa ajaran Asli yang dibawakan oleh Jesus/Isa A.S tidak salah dan terus boleh diguna pakai, Sehinggalah Nabi Muhammad di Utuskan Allah untuk melengkap dan memperbaharui ajaran-ajaran Nabi yang sebelumnya termasuklah Ajaran Nabi Isa. Dengan kerasulannya baginda Nabi Muhammad S.A.W maka dengan secara Automatiknya termansuhlah ajaran-ajaran sebelumnya. Tiada lagi Nabi selepas baginda S.A.W kerana baginda penutup segala para Nabi dan Kitab Al-Quran Yang diturunkan kepada baginda menjadi petunjuk kepada kehidupan sehingga hari kiamat.
8. Robert ingin tahu samaada orang islam sahaja kah yang akan mendapatkan syurga?? aku menjelaskan perkara itu memang benar kerana hanya orang yang beriman dengan Allah S.W.T sahaja akan dikurniakan nikmat tersebut, Robert kelihatan terkejut. Robert meneruskan soalanya dimana ia mempersoalkan bagaimana orang lain yang tidak pernah tahu mengenai islam?? tidakkah ini tidak adil sekiranya mereka dimasukkan kedalam neraka.
9. Aku menjelaskan kepada Robert adakah di akhirat kelak dia akan meyalahkan aku jika dia dimasukkan ke neraka??? Sedangkan aku telah mengkhabarknya mengenai Islam ini. Sedangkan dia masih jua kufur. Ya! memang menyampaikan dakwah kepada seluruh manusia adlah tangunggjawab utama umat islam, dimana berdakwah adalah kerja para Nabi, maka setelah wafatnya Baginda dan tiada lagi Rasul selepasnya maka tanggungjawab untuk berdakwah tergalas dibahu umat islam keseluruhannya.Aku menjelaskan, aku hanya menyampaikan setakat mana kemampuan dan pengetahuan mengenai agama islam yang aku tahu sahaja, sekiranya dia berminat/ingin tahu lebih detail aku sanggup membawanya berjumpa orang yang lebih arif.
10. Menurut Robert, dalam kristian apabila mati terdapat peluang kedua untuk sesiapa yang tidak pernah mengetahui kebenaran ajaran kristian. Dimana diantara syurga dan neraka ada satu tempat berkumpul untuk mendapatkan peluang kedua. Aku mempersoalkan peluang kedua yang dikatakan oleh Robert kerana manusia tahu peluang kedua masih ada ini akan menyebabkan mereka memilih untuk mendapatkan peluang kedua itu nanti. Adakah kita sebagai umat islam jika tidak menunaikan solat contohnya akan berpeluang untuk menunaikan solat selepas kita mati?? tidak bukan! maka jika begitu lah keadaannya maka tidak perlulah kita solat sekarang.
Sebenarnya banyak sangat perkara yang aku dapat hasil diskusi secara tidak rasmi ini. Semoga Allah mengampunkan aku andai tersalah cara dan kelemahan aku untuk mennjukkan kebenaran islam kepada Robert. Aku tidak dapat menulis semuanya disini kerana tidak tahu bagaimana untuk menyusun ayat. Namun aku bermohon kepada Allah supaya memberi hidayah dan petunjuk serta cahaya keimanan kepada Robert dan seterusnya Robert dapat memeluk agama islam. Amin Ya Rabbal Alamin!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan