Entri kali ini, memberikan Tips dan Panduan untuk menghadiri Temuduga. Jika anda pernah menghadiri Temuduga pasti anda Tahu bahawa penemuduga kadang-kadang mengemukakan soalan yang tidak ada kena mengena langsung dengan Jawatan atau bidang yang anda pohon. Ada soalan kdang-kadang sangat subjektif untuk kita ketahui apa yang ada dalam fikiran Penemuduga.
Selalunya soalan yang Ya atau Tidak yang mana kita perlu menyatakan sebab. Maka sebab itulah untuk menjawab soalan jenis ini perlu lebih berhati-hati agar menepati apa yang dinginkan oleh penemuduga. Dibawah ini terdapat beberapa situasi yang boleh dijadikan sandaran.
Watak:
Ali/ Alia - Orang yang ditemuduga.
Bos - Penemuduga.
Situasi 1
Bos : Ada Gilrfriends?
Ali : Ada
Bos : Dia bekerja dalam Negara atau Luar Negara?
Ali : Luar Negara tuan.
Bos : Oh, Kalau cam tu, maaf! Syarikat kami tidak dapat mengambil kamu bekerja disni.
Ali : Ha?? Kenapa... (tekejut dan mengeluh)
Bos : Syarikat tidak mampu untuk menanggung bil panggilan antarabangsa kamu.
Situasi 2
Bos : Kamu ada Gilrfriends?
Ali : Tiada.
Bos : Kamu tidak cuba untuk mendapatkan seseorang ke?
Ali : Pernah Tetapi saya tidak berjaya mendapatkannya.
Bos : Adakah kamu pernah berfikir untuk mendapatkan pekerjaan terlebih dahulu, selepas itu baru mencari pasangan?
Ali : Buat masa ini saya ingin tumpukan kepada kerjaya terlebih dahulu. Saya tidak mahu memikirkan mengnenai cinta, kerana itu urusan peribadi.
Bos : Kami tidak dapat terima kamu di Syarikat ini...
Ali : Tapi kenapa pula, Tuan??
Bos : Kamu tiada keyakinan diri dan kurang kemahiran komunikasi, itu saja..
Situasi 3
Bos : You ada teman wanita tak?
Ali : Yes sir! saya ada Teman wanita.
Bos : Apa pandangan You terhadap dia? adakah dia sangat cantik?
Ali : Biasa-biasa saja Tuan.
Bos : Kalau macam tu i think u tidak layak untuk berkhidmat di Syarikat ini.
Ali : Tapi sebab apa tuan??
Bos : Sebab u bukan seorang yang kami cari, teman wanita pun biasa-biasa je.
Ali : Ha???.....(melopong dan tengang!)
Situasi 4
Bos : Kamu nampak cantik dan bergaya. Sudah tentu kamu mempunyai teman lelaki kan?
Alia : (Tersenyum bangga). Emm..betol tuan.
Bos : Mesti dia seorang yang sangat kaya bukan?
Alia : Tuan sangat bijak. Tuan, dia antara orang yang sangat kaya di Malaysia dan mempunyai sebuah Syarikat yang besar.
Bos : Ooo..Begitu ea.. tapi Cik Alia maaflah, saya tidak dapat menerima kamu sebagai sebahagian daripada Syarikat ini kerana Teman lelaki kamu sendri tidak mengambil kamu bekerja dengannya. inikan pula saya.
Alia : Tapi.. di syarikatnya, tiada jawatan yang sesuai dengan kelulusan saya.
Bos : Jadi apa jawatan yang seuai untuk kamu?
Alia : SetiaUsaha.
Bos : Maaf sekali lagi, kamu tidak layak untuk bekerja disini. kerana kecantikkan kamu akan menjejaskan semangat kerja pengurus kami.
Alia : tapi saya bukan cantik sangat pun..
Bos : Haa!! itu lagi masalah sebabnya pengurus saya pula pasti tak berminat dengan kamu.. Gulp!