Majlis penuh istiadat gilang gemilang ini berlangsung pada 06 Julai 2013 di Universiti Malaysia Sabah yang mana telah disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V, Sultan dan Yang Dipertuan bagi Negeri Kelantan Darul Naim serta jajahan takluknya. Pada Majlis Itu seramai 1400 orang Pegawai Kadet palapes Darat, udara, dan laut telah ditauliahkan sebagai Pegawai Muda dalam Pasukan Simpanan Angkatan Tentera Malaysia (Rej.Askar Wataniah, PSSTLDM, dan PSSTUDM) dengan pangkat Leftenan Muda.
Untuk makluman semua pegawai kadet telah nerkampung di UMS sejak 24 Jun- 05 Julai lagi, bagi menjalani latihan Perbarisan tamat latihan dan Latihan pergurniaan Watikah. Selama 2 minggu menjalani latihan tersebut semamangnya sangat mencabar mental dan fizikal pegawai kadet. Ramai yang menyumpah-nyumpah kerana latihan agak berat memenatkan sehingga ada ramai yang tumbang. Hal ini kerana untuk menjayakan sebuah perbarisan yang baik sememngnya memerlukan kerja kuat daripada semua pihak agar perbarisan tersebut menjadi kenangan terindah dan paling dingati dalam sejarah.
Beberapa Peristiwa yang xduga berlaku apabila, kehadiran Tuanku Sultan agak lambat menyebabkan ramai anggota yang hendak pengsan..agak kelakar tetapi apa boleh buat digagahi jugalah..Sesungguhnya penantian itu satu Penyiksaan..he Begitu juga semasa Pengurniaan watikah, dimana lain di suruh lain yang dbuat oleh Pegawai Muda..ha3 Macam-macam.. Yang paling best, baru je auliah dah kena Sound dek Pegawai atasan..kuang3!!! Padan muka�
Apa lagi hendak dikatakan.. Alhamdulillah Pada 06 julai 2013 semuanya berjalan lancar dan kesemua pegawai kadet berjaya ditauliahkan secara rasmi sebagai Pegawai ATM. Siapa Sangka 3tahun penat lelah dalam Pasukan Palapes akhirnya berbaloi dengan tauliah yang diterima. Sesungguhnya detik tersebut akan kekal dalam diri setiap Penerima Tauliah. Selepas Ini masing-masingskan meneruskan kehidupan masing-masing. Ada yang mahu terus kekal aktif dalam pasukan Simpanan, ada yang mahu menjadi Anggota tetap dan pastinya ada yang akan terus meninggalkan bidang yang sangat mencabar ini untuk mencuba bidang yang lain terutama sebagai kerjaya. Semoga Ilmu yang di titik oleh Jurulatih mampu di aplikasi dalam bidang yang akan diceburi nanti..
Tahniah Pegawai Muda Sekalian!!!
............................................................................................................
Tiada ulasan:
Catat Ulasan