Rasulullah S.A.W manusia yang paling sempurna diciptakan oleh Allah S.W.T sebagai contoh ikutan kepada seluruh umat manusia di muka bumi ini. Sebagai muslim kita sering mengatakan yang kita cinta, kagum, sayang, dan menjadikan baginda sebagai idola. Namun sedar atau tidak selalunya kata-kata kecintaan kita itu hanya meniti dibibir sahaja tanpa bukti yang nyata.
Mengamalkan sunah bukan untuk membangga diri mahupun menunjuk-nunjuk tetapi keperluan terhadap pengamalannya. Di kesempatan ini marilah kita mengamalkan sunah Rasulullah S.A.W sedaya yang mampu. Entri kali ini saya nak kongsi sunah ketika bangun tidur.
Mengamalkan sunah bukan untuk membangga diri mahupun menunjuk-nunjuk tetapi keperluan terhadap pengamalannya. Di kesempatan ini marilah kita mengamalkan sunah Rasulullah S.A.W sedaya yang mampu. Entri kali ini saya nak kongsi sunah ketika bangun tidur.
Mudahkan tapi ramai mana yang amal??? atau bagun-bangun terus mendapatkan pemetik api dan rokok. Bahkan ada pula yang amalkan sunah ini tapi tak tahu pun nabi buat menda yang sama..he Kalau kaum perempuan tak tahu la pula dorang buat apa bangun-bangun tidur tu.
Ramai yang tahu doa bangun tidur tapi malangnya ada yang tak baca, alangkah ruginya kita. Bukan panjang sangat pun satu ayat jek. Siapa yang tak hafal lagi baik hafal sekarang!.
Antara sunah nabi yang sudah sedikit yang mengamalkannya. Masyarakat lebih gemar menggunakan Berus gigi, moden katanya. InsyaAllah walaupun kita gosok gigi menggunakan berus gigi pun disukai Allah daripada tak gosok langsung kan. Sebab fungsinya hampir serupa walaupun ada yang tak sama iaitu menghilangkan bau mulut yang tidak menyenangkan.Tapi lagi bagus kalau kita guna kayu sugi, baru persis dengan Nabi kita.
itu jelah yang nak kongsi kali ini, semoga dapat kita sama-sama amalkannya. Nak buat yang Hardcore tak mampu so kita buat yang mana termampu sajalah..yang penting kita kena ingat yang mana dalam firman Allah;
"Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu untuk orang-oang yan sentiasa mengharapkan keredhaan Allah dan balasan baik di hari akhirat. Dia pula menyebut dan mengingati Allah sebanyak-banyaknya. (surah Al-Ahzab: ayat 21)
Wallahu a'lam
Renung-renungkan & selamat beramal
Tiada ulasan:
Catat Ulasan