Kenapa Pengajian Tinggi Tidak Percuma
Pengajian Tinggi bersifat pilihan yang mana individu boleh memilih untuk melanjutkan pengajian di peringkat tertinggi atau menceburkan diri dalam sektor pekerjaan selepas tamat persekolahan.
Tidak semua orang yang berpeluang yntuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tetinggi dan ini menyebabkan hanya segelintir sahaja masyarakat yang dapat menikmati faedah dari Pendidikan percuma.
Pengakian Tinggi sebagai Satu pelaburan
Pengajian tinggi boleh meningkatkan keupayaan individu untuk bersaing merebut peluang kerjaya yang lebih baik dan menjamin pendapatan yang lebih tinggi.
Ia sewajarnya dikongsi bersama oleh individu dengan pembayar cukai kerana pendidikan mempunyai ciri "Quansi public goods".
Pengajian Tinggi percuma tellah memberi isyarat yang salah dari segi harga pendidikan yang menyebabkan 'over-education' kerana pengguna membuat keputusan yang tidak betul dari segi pelaburan pendidikan.
Yuran dan Falsafah disbaliknya
Di Malaysia pelajar hanya membayar yuran sebayak 5% sahaja, dimana 95% lagi diberi subsidi oleh kerajaan. Contohnya; Kos Pengajian Perubatan di IPTA ialah RM 166 ribu tetapii pelajar hanya perlu membayar sebanyak RM 9 ribu sahaja.
Negara maju seperti United Kingdom, Autsria, Perancis, Ireland, Sepanyol dll juga telah mengenakan yuran pengajian di IPT awam di negara mereka.
Falsafah disebalik pembayaran yuran ialah, penghargaan keoada ilmu dan meletakkan pengajian tinggi pada tempatnya.
Pengajian tinggi sering dikaitkan dengan peluang pekerjaan yang lebih baik maka sewajarnya ia patut dibeli oleh mereka yang memilih untuk melanjutkan pelajaran berbanding yang memilih untuk terus ke alam perkajaan selepas alam persekolahan.
Pembayaran yuran pengajian membentuk pelajar yang komited dan bertanggungjawab ke atas pelaburan yang dikeluarkan.
Penagjian Tinggi dan Permansuhan PTPTN
Permansuhan PTPTN akan menghadkan akses kepada pengajian tinggi dalam kalangan pelajar luar bandar dan miskin.
Lebih 70% kos sara hidup pelajar di IPT ditampung oleh PTPTN, dan pemansuhannya akan menyebabkan pelajar kehilangan sumber kewangan.
Usaha untuk menjadikan pengajian tinggi di Malaysia sebagai sebuah negara pendapatan tinggi akan terjejas kerana pelajar luar bandar dan miskin tidak dapat keluar dari kepompong kemiskinan kerana tahap pendidikan yang rendah dek kerana tidak mampu untuk melanjutkan pelajaran.
Ia juga merencatkan Usaha merealisasikan hasrat bagi menjadikan Malaysia sebagai Hub-Pendidikan Tinggi menjelang tahun 2020.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan