Rabu, 27 Februari 2013

Tanda-Tanda Mengahadapi Penyakit Misteri



Jikalau tak sihat, jangan bertangguh untuk berjumpa doktor. Namun, jika dah ambil ubat dengan doktor tapi penyakit yang dialami tak sembuh-sembuh nak buat macam mana?


Persoalannya.. Apakah penyakit yang sedang dihidapi itu? Adakah penyakit tersebut mempunyai tanda-tanda sepertidi bawah :



1. Tanda-tanda ketika sedang sedar

- Sakit tulang belakang

- Sakit kepala yang luar biasa

- Istihadah (haid lebih 15 hari)

- Terasa ada sesuatu yang mengekori

- Takut tidak bersebab

- Sakit di bahagian rusuk kiri dan kanan

- Sesak nafas di waktu maghrib 

- Ragu-ragu  tentang iman

- Pengsan dan sawan tanpa sebab

- Sakit anggota badan tanpa sebab

- Sakit tulang empat kerat

- Merasa takut menziarahi jenazah

- Terasa sesuatu bergerak di tapak kaki

- Gelisah ketika mendengar azan

- Rasa seperti hampir mati

- Nampak bayang-bayang melintas

- Sukar lelapkan mata

- Terasa sesuatu menolak ketika ke tandas

- Ada bisikan yang menyuruh lakukan maksiat

- Sakit bahagian perut tanpa sebab

- Ketumbuhan ganjil pada anggota badan 





2. Tanda-tanda ketika sedang tidur



- Dihimpit sesuatu ketika tidur

- Bunyi gigi ketika tidur

- Mimpi bayi atau budak kecil 

- Mimpi binatang berbisa seperti ular

- Mimpi yang menakutkan

- Mimpi paderi, salib dan gereja

- Mimpi tanah perkuburan

- Mimpi benda yang kotor dan jijik

- Mimpi tersentak jatuh dari tempat tinggi

- Terdengar suara orang datang menyergah

- Mimpi benda tajam seperti jarum, pisau

- Terasa ada menyentap kaki ketika tidur

- Terasa ada benda 'meniduri' ketika tidur

- Mimpi makhluk menyeramkan datang mengacau

- Mimpi lembaga berdialog perkara tidak baik





Sekiranya tanda-tanda penyakit di atas sedang menghantui anda. Bermaksud,  penyakit yang dihidapi mempunyai kaitan besar dengan gangguan..



MAKHLUK HALUS!


Selasa, 26 Februari 2013

PERHATIAN: TOLONG SHARE DAN SEBARKAN


PERHATIAN SATU SEBARAN DIPERLUKAN ..SHARE SEBERAPA BANYAK YANG BOLEH.

Satu versi baru al-Quran telah dikeluarkan Apple APP STORE oleh komuniti kafir Ahmadiyyah / Qadiani.

Nama app adalah"The Holy Quran, Arabic text and English translation". "Diterjemahkan oleh Maulvi Sher Ali, Ahmadiyya Muslim Community" telah jelas disebut dalam maklumat app dalam iPhone App Store.

Umat Islam perlu peka untuk tidak membeli dan memuat turun aplikasi ini!

Produk ini perlu diboikot kerana ini adalah salah / mengelirukan & bercanggah dengan ayat Al-Quran yang asal.

Sila kongsikan kepada semua orang supaya mereka tahu walaupun mereka tidak menggunakan androids atau iPhone tetapi mereka boleh memberitahu orang lain insya-Allah.

Jangan abaikan...sila share


Dr. Hj. Tengku Asmadi T. Mohamad




Sabtu, 23 Februari 2013

Kenapa kita jawab GREAT???


Satu kata-kata motivasi yang saya pelajari

dari seorang yang sudah berjaya adalah
kita kena HAPPY, rasa bersyukur dan GREAT..!!



Kenapa kena cakap GREAT bila orang tanya
"Apa khabar Hilmi  hari ini?", sebab
ada makna dalam perkataan GREAT tu....



G - Get
    R - Really
      E - Excited
   A - About
   T - Today



Bila kita excited dengan kerja yang
dilakukan, insyaallah jadi begini..



FUN 



Bila kita gembira dengan kerja kita, maka
rezeki pun mudah jer masyuk...

Rabu, 20 Februari 2013

Jom Tolong Ronaldo (CS) Jawab Teka-Teki!!!!

Teka-tekinya berbunyi begini...........


Apakah jawapan anda?? Agak-agak same dengan Ronaldo jugak ke??Sila komen apakah jawapan anda..nak tau jugak..    

.
.
.
.
.
.
.
.



KESIAN..JAWAPAN RONALDO SALAH DAN JUGA SEMESTINYA JAWAPAN ANDA PUN SALAH KAN.. =D

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



HAVE FUN!!! JANGAN MARAH AAAAA...

Selasa, 19 Februari 2013

Sunah Rasulullah S.A.W ketika bangun daripada tidur

Rasulullah S.A.W manusia yang paling sempurna diciptakan oleh Allah S.W.T sebagai contoh ikutan kepada seluruh  umat  manusia di muka bumi ini. Sebagai muslim  kita sering mengatakan yang kita cinta, kagum, sayang, dan menjadikan baginda sebagai idola. Namun sedar atau tidak selalunya kata-kata kecintaan kita itu hanya meniti dibibir sahaja tanpa bukti yang nyata.

Mengamalkan sunah bukan untuk membangga diri mahupun menunjuk-nunjuk tetapi  keperluan terhadap pengamalannya. Di kesempatan ini marilah kita mengamalkan sunah Rasulullah S.A.W sedaya yang mampu. Entri kali ini saya nak kongsi sunah ketika bangun tidur.


1. Menyapu kesan-kesan tidur di muka dengan tangan.

Mudahkan tapi ramai mana yang amal??? atau bagun-bangun terus mendapatkan pemetik api dan rokok. Bahkan ada pula yang amalkan sunah ini tapi tak tahu pun nabi buat menda yang sama..he Kalau kaum perempuan tak tahu la pula dorang buat apa bangun-bangun tidur tu.  

2. Membaca doa bangun Tidur

Ramai yang tahu doa bangun tidur tapi malangnya ada yang tak baca, alangkah ruginya kita. Bukan panjang sangat pun satu ayat jek. Siapa yang tak hafal lagi baik hafal sekarang!.

3. Bersugi

Antara sunah nabi yang sudah sedikit yang mengamalkannya. Masyarakat lebih gemar menggunakan Berus gigi, moden katanya. InsyaAllah walaupun kita gosok gigi menggunakan berus gigi pun disukai Allah daripada tak gosok  langsung kan. Sebab fungsinya hampir serupa walaupun ada yang tak sama iaitu menghilangkan bau mulut yang tidak menyenangkan.Tapi lagi bagus kalau kita guna kayu sugi, baru persis dengan Nabi kita. 

itu jelah yang nak kongsi kali  ini, semoga dapat kita sama-sama amalkannya. Nak buat yang Hardcore tak mampu so kita buat yang mana termampu sajalah..yang penting kita kena ingat yang mana dalam firman Allah;  

"Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu untuk orang-oang yan sentiasa mengharapkan keredhaan Allah dan balasan baik di hari akhirat. Dia pula menyebut dan mengingati Allah sebanyak-banyaknya. (surah Al-Ahzab: ayat 21) 

Wallahu a'lam

Renung-renungkan & selamat beramal

Ahad, 3 Februari 2013

Pendidikan Percuma: Fakta anda perlu ketahui


Kenapa Pengajian Tinggi Tidak Percuma
Pengajian Tinggi bersifat pilihan yang mana individu boleh memilih untuk melanjutkan pengajian di peringkat tertinggi atau menceburkan diri dalam sektor pekerjaan selepas tamat persekolahan.

Tidak semua orang yang berpeluang yntuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tetinggi dan ini menyebabkan hanya segelintir sahaja masyarakat yang dapat menikmati faedah dari Pendidikan percuma.

Pengakian Tinggi sebagai Satu pelaburan
Pengajian tinggi boleh meningkatkan keupayaan individu untuk bersaing merebut peluang kerjaya yang lebih baik dan menjamin pendapatan yang lebih tinggi.

Ia sewajarnya dikongsi bersama oleh individu dengan pembayar cukai kerana pendidikan mempunyai ciri "Quansi public goods".

Pengajian Tinggi percuma tellah memberi isyarat yang salah dari segi harga pendidikan yang menyebabkan 'over-education' kerana pengguna membuat keputusan yang tidak betul dari segi pelaburan pendidikan.

Yuran dan Falsafah disbaliknya
Di Malaysia pelajar hanya membayar yuran sebayak 5% sahaja, dimana 95% lagi diberi subsidi oleh kerajaan. Contohnya; Kos Pengajian Perubatan di IPTA ialah RM 166 ribu tetapii pelajar hanya perlu membayar sebanyak RM 9 ribu sahaja.

Negara maju seperti United Kingdom, Autsria, Perancis, Ireland, Sepanyol dll juga telah mengenakan yuran pengajian di IPT awam di negara mereka.

Falsafah disebalik pembayaran yuran ialah, penghargaan keoada ilmu  dan meletakkan pengajian tinggi pada tempatnya.

Pengajian tinggi sering dikaitkan dengan peluang pekerjaan yang lebih baik maka sewajarnya ia patut dibeli oleh mereka yang memilih untuk melanjutkan pelajaran berbanding yang memilih untuk terus ke alam perkajaan selepas alam persekolahan.

Pembayaran yuran pengajian membentuk pelajar yang komited dan bertanggungjawab ke atas pelaburan yang dikeluarkan.

Penagjian Tinggi dan Permansuhan PTPTN
Permansuhan PTPTN akan menghadkan akses kepada pengajian tinggi dalam kalangan pelajar luar bandar dan miskin.
Lebih 70% kos sara hidup pelajar di IPT ditampung oleh PTPTN, dan pemansuhannya akan menyebabkan pelajar kehilangan sumber kewangan.

Usaha untuk menjadikan pengajian tinggi di Malaysia sebagai sebuah negara pendapatan tinggi akan terjejas kerana pelajar luar bandar dan miskin tidak dapat keluar dari kepompong kemiskinan kerana tahap pendidikan yang rendah dek kerana tidak mampu untuk melanjutkan pelajaran.

Ia juga merencatkan Usaha merealisasikan hasrat bagi menjadikan Malaysia sebagai Hub-Pendidikan Tinggi menjelang tahun 2020.

6 Sebab Pintu Taufik Tertutup

1. Tidak mensyukuri nikmat yang diberikan-Nya.

2. Mencintai Ilmu tetapi tidak mengamalkannya.

3. Melakukan dosa tetapi bertangguh untuk melakukan taubat.

4. Bersahabat dengan orang Soleh tetapi tidak mahu meniru perbuatannya.

5. Tahu rendah dunia tetapi tetap mahu mengejarnya.

6. Mempercayai ada akhirat tetapi meremehkannya.