Jumaat, 12 April 2013

tips bagaimana mahu mengajak lelaki yang anda suka keluar bersama.


Tips #1 : Tempat dan masa yang betul.
----------------------------------------

Ketika anda ingin ajak si dia keluar, pastikan masa dan tempat adalah tepat dan betul. Contohnya, jangan ajak dia keluar ketika dia sedang bersama rakan � rakannya atau ketika dia sedang belajar. Cari waktu yang dia berada dalam keadaan santai seperti dia sedang makan atau baca surat khabar. Namun, sebelum anda ajak dia keluar, pastikan dia kenal dan rapat sedikit dengan dia.

Tips #2 : Permainan mata dan godaan.
----------------------------------------

Sebelum anda ajak dia keluar, anda pikat dia dahulu melalui permainan mata. Anda goda dia dengan mata dan tindakan anda sehingga dia rasa selesa untuk bersembang dengan anda. Apabila dia sudah tunjukkan rasa minatnya, anda ajaklah dia keluar.

Tips #3 : Tanya dia soalan.
----------------------------------------

Mulakan perbualan dengan pertanyaan . Katakan anda ingin ajak dia pergi menonton wayang, anda tanyalah dia jenis movie yang dia suka. Kemudian apabila anda tahu jenis movie yang dia suka, anda ajaklah dia untuk pergi menonton movie tersebut. Anda juga boleh ajak dia pergi menonton bola dan sebagainya.

Tips #4 : Kemaskan penampilan diri.
----------------------------------------

Salah satu sebab kenapa lelaki akan menerima ajakan anda adalah penampilan diri anda Jika anda tampil dalam keadaan kemas dan menggoda,dia pasti akan terima ajakan keluar anda kerana dia akan rasa bangga keluar bersama dengan seseorang yang mempunyai penampilan menarik.


Itu sahaja perkongsian untuk kali ini.... dapatkan lebih banyak tips dan panduan mengenai cinta di SINI





                PROMOSI ISTIMEWA!!!! 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan