Kita sentiasa memerlukan bekalan elektrik. Manusia tidak dapat dipisahkan dengan tenaga elektrik. Ke mana sahaja kita berada,kita sentiasa memerlukan bekalan elektrik.
Tak kiralah di rumah mahupun dipejabat. Penggunaan tenaga elektrik amat meluas, ia bukan sahaja meliputi bekalan elektrik daripada pihak pembekal tetapi penghasilan dengan kaedah lain juga boleh menghasilkan tenaga elektrik.
Sebagai contoh, jika anda menggunakan lampu suluh, ia berkait rapat dengan tenaga elektrik tetapi tidak menggunakan tenaga elektrik daripada pihak pembekal. Ia menggunakan kuasa bateri sahaja.
Begitulah kepentingan tenaga elektrik untuk kegunaan berbagai aplikasi. Jika tenaga elektrik ini dapat dimanfaat dengan sebaik mungkin ia akan ememberi lebih faedah kepada pengguna itu sendiri.
Persoalan yang saya ingin ketengahkan hari ini ialah.."Mengapa saya perlu berjimat dengan tenaga elektrik?."
anda seringkali dihebahkan dengan berita kenaikan tariff elektrik. Atas dasar keperihatianan kerajaan menangani isu ini, maka kenaikan tariff elektrik ditangguhkan lagi.
Tetapi, sampai bilakah kita perlu mengharapkan ehsan daripada kerajaanagar tarif elektrik tidak dinaikkan?. Bukankah lebih elok jika kita mengubah sikap kita dalam menggunakan tenaga elektrik?. Ianya sebenarnya amat mudah, kerana untuk melakukannya, kita tidakperlu mengeluarkan sebarang peluh!.
Penjimatan tenaga elektrik yang anda lakukan sedikit sebanyak membantu menyelamatkan wang saku anda dari keluar ke tempat yang tidak sepatutnya. Ini sahajalah cara yang dapat anda lakukan kerana dengan mengubah sedikit cara anda menggunakan tenaga elektrik, ia boleh membantu dan menyihatkan kewangan bulanan anda.
Percayalah! ia akan mengubah cara anda berbelanja pada setiap bulan hanya kerana anda telah melaksanakan penjimatan tenaga elektrik ini.
RM 30.00
PROMOSI ISTIMEWA!!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan