Membeli hartanah melalui lelongan ini perlu sedikit panduan agar anda mengetahui selok belok dan pantang larangnya. Nak pandu kereta atas jalan raya pun wajib kena belajar inikan pula nak melabur dengan menggunakan wang. Anda perlu membaca untuk mendapat sedikit panduan. Ada orang kata �eei, aku malas betullah nak baca, kepala otak dah jam...� Kalau anda malas membaca sekalipun pergilah berguru dengan orang yang sudah mahir. Dipaparkan di sini kesilapan-kesilapan yang sering dilakukan oleh pelabur-pelabur baru yang patut dielakkan :-
1. TIDAK MEMBUAT CARIAN KE ATAS HARTANAH
Carian hartanah bermaksud memeriksa tentang status pemilikan sesuatu hartanah bagi mengetahui tentang :
i) Pemilik berdaftar
ii) Nombor hakmilik
iii) Bebanan
iv) Sekatan kepentingan
Pemilik berdaftar
Kita perlu tahu pemilik berdaftar supaya ianya sama dengan butir-butir yang tercatat dalam Pengisytiharan Jualan.
1. Nombor Hakmilik / Geran
Butir-butir tentang nombor geran atau hakmilik mestilah sama dengan butir-butir yang tercatat dalam Pengsiytiharan Jualan.
2. Bebanan
Bebanan bermaksud tanggungan yang wujud atas hartanah tersebut seperti kaveat, gadaian, pajakan dan sebagainya. Jika sesuatu hartanah itu mempunyai kaveat yang dimasukkan oleh individu yang tidak dikenali (bukannya pemilik berdaftar atau pihak Bank) maka mungkin hartanah itu mempunyai masalah tertentu.
Sekatan kepentingan
Ianya bermaksud wujud sekatan untuk memindahmilik atau mencagar atau menggadai hartanah tersebut. Biasanya tanah yang mempunyai sekatan kepentingan ini adalah tanah yang dimiliki oleh kerajaan negeri atau tanah pajakan.
2. TIDAK MEMBACA ATAU MEMAHAMI SYARAT-SYARAT JUALAN.
Di dalam dikumen pengisytiharan jualan ada mengandungi syarat-syarat jualan. Anda perlu baca dan fahami. Kalau malas baca, atau kalau baca tak faham minta nasihat pelelong. Kalau pelelong pun tak �sure� , tanyalah peguam Bank. Nak tanya tentang apa ? Perkara penting anda perlu tanya ialah :
i) Adakah Bank tanggung tunggakan bil ?
Seperti cukai tanah, cukai pintu, Indah Water, bil elektrik dan bil Air. Kalau di dalam syarat-syarat jualan tu ditulis pihak Bank menaggung semua bil-bil tertunggak, maka anda tak perlu buat carian kerana Bank dah �cover�. Ada juga syarat-syarat jualan yang hanya tanggung cukai tanah dan cukai pintu sahaja. Ada juga yang tak tanggung langsung. Ini anda kena check betul-betul bil agar anda tidak menambah kos anda.
ii) Tempoh Penyelesaian (�Completion date�).
Anda perlu �check� juga tentang tempohnya 90 hari ke atau 120 hari.
iii) Perlukan Surat Kebenaran ataupun tidak ?
Kalau anda tidak sempat membuat carian anda perlu bertanyakan kepada pelelong soalan ini.
iv) Bayaran penyelenggaran siapa yang tanggung ?
Ada Bank yang menanggung bayaran penyelenggaraan sehingga tarikh lelong dan ada Bank yang tidak tanggung. Perlu rujuk sayarat jualan. Sekiranya Bank tidak menaggung bayarannya ianya amat berisiko jikalau yuran penyelenggaraannya tinggi. Biasanya bagi hartanah lelong yuran penyelenggaraan tidak pernah dibayar. Kalau sudah 5 tahun tidak dibayar katakan sebulan RM70 (70 X 12 bulan x 5 tahun = RM4,200). Lari bajet anda.
PROMOSI ISTIMEWA!!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan