Selasa, 15 Januari 2013

Listen! Listen Listen!!!


Orang duk nengok jek korang ni! duk Listen! Listen! Listen!!! Dari Semalam kecoh laman sosial Facebook dengan video Forum Sh.Zohra vs Miss Bawani yang berlangsung di Universiti Utara Malaysia. Konflik berlaku apabila Moderator (agaknyelah) forum Sh.Zohrah menghalang pelajar seorang pelajar india Bawani kot namanya, yang mana student ni  menyoalkan kenapa negara Malaysia tidak memberi pendidikan percuma kepada rakyat dengan membandingkannya dengan negara luar. Moderator menghalang sebelum Bawani sempat menghabiskan soalannya dengan mengulang berkali-kali Lisen! Listen! Listen!!!. Nampaknya isu ini memang terhangat dan terhangit  untuk minggu ni..hek3

Saya nak ulas sikit isu ini:

1. Video ni bukan video penuh (20 minit daripada 3 jam) dan susah untuk saya menilai siapa salah siapa betol. Mungkin ramai beranggapan Sh. Zohra berada di pihak yang salah serta komfem ramai yang menghentam beliau dan sudah tentu ramai yang menyokong Miss Bawani dalam hal ini. Saya mungkin boleh membuat penilaian sekiranya menonton video penuh forum tersebut.

2. Sh.Zohra tidak sepatutnya melemparkan kencaman sehingga membandingkan dengan haiwan. Implikasinya ramai yang menganggap mahasiswa direndah-rendahkan oleh beliau. Walapun saya tidak merasakan demikian yang Sh.Zohra maksudkan. Mungkin Sh.zohra ingin mengritik sahaja kerana mengganngap Miss Bawani sebagai  terlalu mengikut telunjuk Parti Pembankang. Sepatutnya Sh.Zohra perlu lebih profesional dalam mengemudi forum seperti itu.

3. Konflik berlaku atas ketidakcekapan dan kurang keprofesionalan Sh. Zohra selaku Moderator Forum tersebut dan tidak sepatutnya dipersalahkan kepada kerajaan. Implikasinya menjadi besar yang mana kerajaan pula yang dihentam  akibat tindakan beliau. Hal seperti ini perlu dijadikan iktibar bagi sesiapa sahaja yang membawa nama kerajaan supaya ianya tidak berulang yang mana boleh menimbulkan kesan buruk kepada nama kerajaan.

4. Miss. Bawani Seorang yang berani dan mempunyai hujah yang baik dan moderator seharusnya menjawab persoalan yang dikemukakan oleh Miss Bawani. Jika tidak mahu menjawab sekalipun Sh.Zohra boleh meminta ahli panel untuk membuat pencerahan. Cara ini saya fikir lebih memberi kesan positif terutama kepada peserta forum tersebut.

5. Menurut laporan beberapa blog ada menyatakan bahawa Miss Bawani merupakan ahli PSM. Miss Bawani dikatakan Proksi PSM untuk menimbukan kekecohan dalam forum tersebut dengan membuat provokasi seperti itu. Itu terserah kepada penonton untuk menilai. Maka atas kapasiti itu saya melihat  perlunya menonton video penuh forum tersebut untuk membuat penilaian siapa betol siapa salah. Adakah soalan itu satu provokasi atau tidak mempunyai kaitan dengan forum atau tidak, maka barulah boleh membuat kesimpulan. Mungkin ini juga sebab mengapa Sh.Zohra kurang senang dengan Miss Bawani, hal ini kerana saya percaya persoalan yang diajukan oleh Miss. Bawani boleh dipatahkan dengan amat mudah dan sudah sering kali diberi penjelasan oleh pihak kerajaan. Namun silapnya Sh.Zohra bertindak tanpa berfikir panjang.

6. Sh.Zohra Pelu rasional dengan memohon maaf kepada Miss Bawani untuk membetulkan keadaan, agar tidak menjadi polemik yang akhirnya  disalah erti oleh masyarakat. Kawalan emosi adalah perlu dan kekuatan hujah untuk menjawab soalan juga amat penting.


RENUNG-RENUNGKAN & SELAMAT BERAMAL 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan